Archive for January, 2005
Surat Berantai - Apa Hukum mempercayai?
Soalan 1
Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita
bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan
kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan
kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?
Soalan 2
Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di
dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir
surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada
orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu.
Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat.
Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk.
Apakah hukumnya mempercayai surat ini?
Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat etapi kini ia
diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat memberikan
jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada
rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah ini.
Jawapan
Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat
itu.Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini
mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi
pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya.
Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida’, Rasulullah
s.a.w telah bersabda “Telah sempurna bagimu agamamu” yang membawa maksud
bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut
yang mana? Surat ini kah atau AlQuran?
Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20
keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan
dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara
tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT.
Ini akan menjadikan kita syirik. Na’uzubillah. Sheik Ahmad yang dikira kuat
iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu,
warak, alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa
sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk
memesongkan aqidah umat Islam.
Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi
yang menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu
Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik
yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara
untuk membuktikan kesahihannya.60,000 orang akan mati tanpa iman, apa
maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan
nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang
ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat
bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini
adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca,
diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas.
Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma
setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi
meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik.Kalau ada
yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli,
mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan
terpengaruh dengan dakyah sebegini. Jika tak dihiraukan maka semacam ada
keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka
dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh
kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan
kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia
telah berjaya memesongkan aqidah kita. Maka kita berjalan pula dimuka bumi
Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah
memasukkannya kedalam Internet. Kesimpulannya, janganlah percayakan surat
tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan
beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar
sejak saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun
sebelum itu. Dari Penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat
tersebut adalah haram.
Wallahu’allam.
Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang kononnya
dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah didalam
mimpinya, bacalah keterangan dibawah ini:-
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978
* SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD
* Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh
paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas,USA pada tahun 1974/75
untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father
Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina
berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias
Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione
Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun
1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal
dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.
* Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy,
penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun
1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun
1881hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed
Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya
Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal
dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy
(1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin
Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia
1979).
* Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi
bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan
Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima
dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya.Peristiwa ini
berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia.Bekas Kadi Daerah Kinta
meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah
gugur syahadah (murtad).
* Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak
Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barangsiapa dengan sengaja
menyebarkan risalah ini adalah “melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh
murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya
itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini”.(Surat Keputusan
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).
Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di
Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah,
Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini “termasuk
dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar
(shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan
niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat
Islam.”.
* Lagipun,”surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda
kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan
baginda”.
* Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman
1983/Bil 8, surat ini “paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad
secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika
sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya.
Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain,
jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat.
Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan
boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim
TANDA-TANDA SAAT KEMATIAN
a) 100 hari :
Seluruh badan rasa bergegar.
B) 60 hari :
Pusat rasa bergerak-gerak
c) 40 hari :
Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-Kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
d) 7 hari :
Mengidam makanan.
e) 5 hari :
Anak Lidah bergerak-gerak
f) 3 hari :
Bhagian tengah di dahi bergerak-gerak
g) 2 hari :
Seluruh dahi rasa bergerak-gerak
h) 1 hari :
Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu sbuh dan asar.
i) Saat akhir :
Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan). Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.
******* BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA *******
Baginda Rasullullah S.A.W. bersabda :
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam bada! n dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi :
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S”
“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata :
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan o! leh lida h orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnnya dari arah lain.”
Sebaik sahaja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluarlah penulisan ilmu.
Maka berkata tangan :
Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini menusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan, maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata :
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik menghadiri majlis-majlis ilmu.”
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik sahaja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata :
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin ini dari arah mata tetapi baru sahaja hendak menghampiri mata, maka berkata mata :
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
“Wahai malaikatku, tulis Asmaku ditelapak tanganmu dan tun! jukkan k epada roh orang yang beriman itu.”
Sebaik sahaja mendapat perintah Allah S.W.T maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik sahaja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A : “Roh itu menuju ketujuh tempat :-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka.
Si Jin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah S.A.W. :
Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yanf mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang-orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan bersama.
Wassallam.
p/s : Kalau rajin, tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
KISAH BENAR UNTUK DIJADIKAN IKTIBAR
Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Perubatan Melalui Al-Qur’an”. Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak masuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati
bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu
sahaja.
Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut
kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.
Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak
akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk
menganuti agama Islam ’sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
KESIMPULANNYA
Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.
Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini.
Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.
Dipetik daripada Arab News, 7 Januari (atau Februari) 1987.
Syukran Syukran
Bila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, kita di sunatkan sujud syukur. Taklah susah sangat nak buat sujud syukur ni.. tak sampai lima minit.
Rukun sujud syukur adalah seperti berikut:-
1. Niat
2. Takbiratul Ihram
3. Sujud (sekali sahaja)
4. Salam
Dan syarat2nya sama seperti hendak sembahyang fardhu, iaitu dalam wudhu, mengadap kiblat, menutup aurat dan sebagainya. Ini maknanya, anda boleh mulakan sujud syukur, dalam duduk (macam duduk antara dua sujud). Takbiratul ihram dan niat, terus sujud. Selepas bangun dari sujud, beri salam. Mudahkan?
Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :
Maksudnya:
Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta2 Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh. Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.
Pengunaan “MasyaAllah” dlm percakapan seharian
Sebarkanlah kepada semua kawan/sahabat.
Kadang-kala, kita terpengaruh dengan perkataan “MasyaAllah” dalam situasi yang silap.
Bayangkan jika anda forwardkan kepada semua yang anda kenali, pahala akan terus berganda macam selling-networking, cuma in this case, pahala yang berganda bukan duit which to someone money is the number one in his/her life.
Assalammualaikum Sekalian,
Ramai di kalangan kita menggunakan lafaz “MasyaAllah” ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika terlihat gambar2 censored atau bila anak2 kita buat perangai nakal.
Sebenarnya istilah “MasyaAllah” bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG. Mengikut buku “What Do Say” by Kathyn Abdullah, kita sepatutnya menggunakan istilah “MasyaAllah” bila kita melihat ”something nice” seperti melihat bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya.
Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak
elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah ”Astagfirrullahhalazim” (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun ”Innalillah” (Kepada Allah kita kembali).
Tolong sebarkan kepada kawan-kawan. Yang baik dari Allah swt. dan yang salah dari manusia .
Wallahulam.
Hamba Allah