Home   Wordpress   Log in

Archive for October, 2005

Cara Rasulullah rai Aidilfitri

October 27th, 2005 by admin | 15 Comments | Filed in How To

Oleh
Muhammad Shabri Abd Majid

KHAMIS ini, menurut takwim hisab, umat Islam di rantau ini akan menyambut Aidilfitri.

Sejarah hari perayaan sebenarnya telah bermula sebelum kedatangan Islam.

Ketika Madinah Al-Munawarrah bernama Yathrib, ia sudah menyambut perayaan.

Menurut Anas ra, tatkala Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, Baginda telah menukarkan dua perayaan dengan dua perayaan yang jauh lebih baik, iaitu Aidilfitri (Hari Raya Puasa) dan Aidiladha (Hari Raya Haji atau Korban).

Hadis dan riwayat sahabat menceritakan cara Rasulullah menyambut kedatangan Aidilfitri, antaranya:

Bersolat hari raya secara berjemaah

Rasululllah saw sentiasa melaksanakan solat hari raya secara berjemaah di padang atau lapangan terbuka.

Ini akan memberi kemudahan dan kesempatan kepada kaum wanita yang tidak dapat menunaikan solat hari raya kerana uzur untuk mendengar pesanan dan nasihat Rasulullah saw yang disampaikan melalui khutbah hari raya.

Sayidina Jabir bin Abdullah ra mengisahkan:

'Saya telah bersama Rasulullah saw dalam majlis solat hari raya.

'Baginda memulakan solat sebelum berkhutbah tanpa didahului oleh azan dan iqamat.

'Setelah selesai solat, Ba ginda langsung bangun dengan tiada berpaut kepada Sayidina Bilal lalu berkhutbah menyeru umatnya takut dan bertakwa kepada Allah dengan melaksanakan pelbagai suruhan-Nya dan meninggalkan semua larangan-Nya.

'Seterusnya, Baginda memberi beberapa nasihat dan teguran kepada majlis hari raya itu. Kemudian, Baginda berjalan ke tempat solat kaum wanita sambil memberi beberapa nasihat dan teguran.'

Pergi dan balik dari tempat solat hari raya melalui jalan yang berbeza

Tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabir ra (Hadis riwayat Bukhari).

Apakah sebab Rasulullah berbuat demikian?

Tujuan beliau tentulah dapat bertemu dengan lebih ramai orang yang berbeza. Baginda bersalam-salaman, memohon maaf zahir dan batin.

Membawa serta isteri dan anak-anak ke tempat solat hari raya

Ketika melaksanakan solat hari raya, Rasulullah saw sentiasa membawa serta isteri dan anak-anaknya.

Isterinya, Siti Aisyah ra, mengisahkan:

'Kami disuruh supaya keluar dan begitu juga dengan wanita haid pada kedua-dua hari raya untuk mendapatkan kebaikan dan doa orang-orang Islam. Walau bagaimanapun, wanita haid duduk jauh dari tempat sembahyang.' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Jamah makanan sebelum ke masjid

Ketika Ramadan berlalu dan Aidilfitri tiba, umat Islam telah kembali dibolehkan makan dan minum pada siang hari.

Rasulullah saw memakan beberapa biji kurma sebelum Baginda berangkat ke tempat solat hari raya, menurut Anas ra (Hadis riwayat Bukhari).

Ertinya, usahlah makan terlampau banyak sehingga menyusahkan diri sendiri, terutama ketika mendirikan solat.

Juga, kita tidak digalakn memakan makanan yang pedas-pedas.

Dari segi kesihatan, perut kita baru saja berehat dan tidak perlu disogokkan makanan yang tidak sesuai atau berlebihan. Mentelah, Rasulullah ada menegur sahabat yang berperut gendut (buncit atau gemuk).

Berpakaian cantik untuk menunaikan solat

Rasulullah saw sentiasa berpakaian baru, kemas dan indah ketika melaksanakan sembahyang Aidilfitri.

Sebelum itu, Baginda selalu mandi terlebih dahulu dan kemudian memakai sedikit wangi-wangian, menurut riwayat Ibnu Qayyim al-Jauziyah.

Berbanyak bacaan takbir

Sejak malam hari Aidilfitri sehingga imam datang untuk memulakan solat pada hari raya, umat Islam disunatkan memperbanyak bacaan takbir, sebagai maksud firman Allah swt:

'Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah (bertakbir) kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.' (Al-Baqarah: 185)

Menurut Umar ra dan Ibnu Mas'ud ra bahawa bacaan takbir yang lazim dibaca Rasulullah adalah: Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illalahu Wallahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahil-Hamd.

Berbalas salam

Apabila bertemu, para sahabat Rasulullah sentiasa memberi dan menjawab ucapan salam hari raya dengan berkata: Taqabbalallahu Minna wa Minkum (Semoga Allah menerima segala kebaikan kami dan kebaikan kamu) (Hadis riwayat Ahmad).

Saat akhir zakat fitrah dan sedekah

Zakat fitrah adalah suatu tanggungjawab sosial yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam sekali setahun pada bulan Ramadan.

'Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah, segantang daripada tamar atau segantang daripada gandum ke atas setiap hamba, lelaki, perempuan, kanak-kanak, dan ke atas orang tua daripada kaum Muslimin.' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis ini secara tersirat mendorong kita menunaikan zakat sepanjang Ramadan dan sebelum solat Aidilfitri dan memperbanyak sedekah pada hari raya.

Semoga amalan Ramadan kita mendapat ganjaran Allah dan Aidilfitri menyongsong kehidupan yang penuh bermakna.

Nota: Penulis ialah pensyarah ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.

http://cyberita.asia1.com.sg/

Perkara-Perkara Yang Tak Sepatutnya Dibuat Di Bulan Ramadan

October 16th, 2005 by admin | No Comments | Filed in Blog Gambar

 

Wow.. Ramainya Orang…

1. "Tak Sembahyang, Tak Usah Puasa"
Setiap tahun mesti ada suara-suara yang berkata "Tak Sembahyang, Tak Usah Puasa" di corong radio. Ini hanya suara-suara hasutan syaitan untuk mematahkan semangat kita dari berpuasa. Dengan hanya berniat sahaja kita sudah mendapat pahala, inikah berpuasa tanpa sembahyang.

2. "Tak Pergi Masjid Untuk Terawih?"
Kenapa hendak pergi ke masjid kalau masjid itu jauh dari kawasan rumah? Bukankah ini membazir wang sahaja kalau harus menaiki kenderaan untuk ke masjid? Terawih boleh dilakukan seorang diri atau beramai-ramai dirumah.

3. Membeli Makanan Di Bazar
Setiap tahun mesti ada orang yang kata makanan itu kurang/lebih garam, kurang/lebih gula. Sudah tentu penjual itu berpuasa dan tidak dapat merasa masakan mereka, kenapa kita masih juga pergi membeli makanan mereka? Bila rasa tak sedap, makanan itu akhirnya ke dalam tong sampah. Membazir lagi! Seharusnya kita membeli sedikit dahulu sebelum memborong makanan mereka.

4. Majlis Iftar
Menarik sungguh artikel "Berbuka Apa Seratus Seorang?". Kenapa harus kita berbuka puasa di restoran dan hotel? Kalau nak berbuka diluar, pergilah saja kekedai makanan. Kita seharusnya mengelak dari membazir dibulan ramadan. Tak gunalah berpuasa jika berbuka berlebih-lebihan (untuk yang pergi berbuka ala buffet).

 

Alhamdulilah.. I spend only SGD3.00 for the food and SGD2.40 for 2 canned of drinks

Diharap kita boleh mengelakkan dari membazir di bulan yang mulia ini. Amin.

Ramadan Mubarak (5/10 - 2/11)

October 4th, 2005 by admin | 6 Comments | Filed in Prayer

Ramadan Wikipedia

Things To do:

1. Terawih

2. Read Quran
(a) Quran In Malay
(b) Quran In English + Mp3
(c) Quran In Arab + Audio

3. Fasting….lah

Imsakiah Ramadan
Time-Table

Du'a Fasting:
نَوَيتُ صَومَ غَدٍ عَنْ اَدَا ﺀِ فَرْضِ شَهْرِرَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu Suma Ghadin An Adaai Fardhi Syahri Ramadhaani Haatzihis Sanati lillahi Ta'ala.
Saya niat puasa esok hari fardu Ramadhan di tahun ini hanya karena Allah taala.

Don't forget your eating Du'a too => Du'a Break Fasting Du'a Before Eat

Du'a for Fasting
وَبِصَوْمِ غَدٍ نَّوَيْتَ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ
Wa bisawmi ghadinn nawaiytu min shahri ramadan

When breaking the fast
اللَّهُمَّ اِنِّى لَكَ صُمْتُ وَبِكَ امنْتُ وَ عَلى رِزْقِكَ اَفْطَرْتُ
Allahumma inni laka sumtu wa bika aamantu wa 'ala rizq-ika aftarthu
(O Allah! I fasted for You and I believe in You and I break my fast with Your sustenance)

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَ ابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَ ثَبَتَ الأجْرُ إنْ شَاءَ اللَّهُ
dhahabadh-dhama'u wab-tallatil 'urkkqi, wa thabatal arju inshaAllah
(The thrist is gone, the veins are moistened and the reward is confirmed, is Allah [Ta'ala] Wills)