Home   Wordpress   Log in

Archive for May, 2006

ORi Ke Bukan?

May 29th, 2006 by admin | No Comments | Filed in Muzik

Semasa jalan2 kat pasar malam dekat rumah aku, aku terpandang VCD "Akustik Siti Nurhaliza". Aku pun belek2 VCD tu untuk melihat samaada VCD tu ciplak atau asli. Sambil belek2 VCD tu, aku pun menawar VCD yang berharga $17 dolar tu. Budak pompuan tu kata $15. Aku cuba minta kurang lagi sambil membelek-belek VCD tu. Dengan manjanya budak tu berkata "Tak bolehlah bang, saya kerja je. Bos kata boleh kasi $15 je".

Aku masih lagi membelek VCD tu, budak pompuan tu sudah mengagak yang aku masih was-was dengan VCD itu lalu dia berkata, "Ni VCD originallah bang". Aku kata "Ya ke?". Dia balas "Bukalah, tengok dalamnnya". Aku tengok ada logo "Ori" dan stiker "Lembaga Penapisan Filem Malaysia", aku pun ambik sambil mencapai VCD "Royal Albert Hall". Sampai sekarang aku tunggu versi DVD, tak keluar-keluar pun. Last2 VCD pun jadilah.

dsc032891.jpg

Aku dah ambik dua VCD ni, budak pompuan yang cunn tu datang membawa VCD "Secretaries Week" dan CD "Transkripsi". Mungkin dia dah agak aku ni peminat fanatik Siti Nurhaliza. Aku kata dah ada….Sampai dirumah, aku pun main VCD Akustik tu. Sahaja nak tengok mutu dia macam mana. Tengok video ok.. hanya kelakar sikit, ada lirik sekali dalam video tu. So penonton boleh berkaraoke bersama ct. Tapi ni bukan VCD karaoke! Aku set left channel, right channel, sama je keluar suara ct… kuang.. kuang.. kuang…

Selepas menonton VCD Akustik tu, aku rasakan persembahan ct sama je. Tak rasa macam konsert akustik.

Anyway, tak rugipun beli VCD ni sebab hampir semua lagu disusun semula dengan versi akustik. Yang rugi Siti Nurhalizalah.. sebab tak dapat royalti album ni.

Aku dah semak pengeluar VCD ni, BERJAYA HVN SDN BHD. Tak mungkin VCD ni VCD cetak rompak!

Bingit Betul!

May 24th, 2006 by admin | No Comments | Filed in Cakap Aje

Dahlah kerja sampai jam 9.30 malam. Sampai sahaja dirumah, berdetam-detum jiran atas aku memekak dengan lesung, entah apa dia buat tumbuk-tumbuk lesung siang malam tah. Ini mesti kes cari duit sikit sampai tak hormat pada jiran tertangga. Kemarin pun macam tu juga. Nari aku pekik 2-3 kali. Madachod betul orang atas tu masih degil tak berhenti dari melesung. Sampai bapak aku pun join sekali pekik.

Aku dah tak sabar, aku pun telipon polis kejiranan. Selepas menerangkan masalah aku, pengawai yang mengangkat pangillan memberitahu aku mereka tidak mengambil report "orang yang membuat bising" sebelum 10.30 malam. Betul ke kita boleh buat bising sesuka hati sebelum 10.30 malam? Lain kali aku nak buka muzik besar-besarlah!

Hmmm… Madachod betul! Genap jam 10.30 malam, Madachod tu berhenti dari melesung!

Artikel-artikel dari Forum Berita Harian menarik hari ini.

1. MASALAH HADIAH SUDAH LAMA WUJUD

SAYA simpati dan memahami akan perasaan Encik Jasmi Jalidin dalam suratnya bertajuk Menang kuiz tapi hadiah tak kunjung tiba (BH, 17 Mei).

Dalam soal ini, ia bukanlah soal nilai hadiahnya, sama ada murah atau mahal.

Ia adalah soal memperlekehkan janji hadiah atau bayaran yang harus diberikan kepada pemenang pelbagai pertandingan anjuran Radio MediaCorp.

Malah seingat saya, masalah hadiah lambat diterima atau hadiah terus tidak diterima telah berlaku sejak dahulu lagi - semasa era SBC dan TCS lagi.

Pemenang hadiah dirujukkan daripada satu pihak ke satu pihak macam dalam lagu Bangau oh Bangau yang dilakukan pihak penaja dan penganjur rancangan.

Seharusnya, proses pemberian hadiah itu sudah diatasi sejak lama dahulu dan tidak dibiarkan berulang oleh pihak yang bertanggungjawab.

Janganlah nanti, jawapan Radio MediaCorp kepada Encik Jasmi ialah dengan menolak tanggungjawab itu kepada pihak lain pula, seperti apa yang terjadi dalam lagu tersebut.

Ismail Sarkawi.

Perkara ini pernah juga terjadi kepada aku! Masa tu aku mengambil bahagian didalam peraduan meneka 10 lagu hit di carta radio dengan susunan tangga-tangga mereka. Dalam sebulan aku menunggu durian yang sepatutnya jatuh keriba aku. Tapi habuk pun takde. Aku pun menulis kepada mereka, dua minggu kemudian barulah aku terima wang tu. Kes tipu ke ni?

2.PEMINAT KECEWA DENGAN SUNTINGAN DRAMA 'DIA'

SAYA seorang peminat drama Dia yang berasal dari Indonesia dan telah bernikah dengan penduduk tetap Singapura.

Saya telah menyaksikan drama tersebut di stesen Suria dan kecewa dengan suntingan yang dibuat pihak mereka.

Ini kerana ada beberapa babak yang tidak ditayangkan walaupun penting dan menarik. Ini termasuk:

insiden Gita dilanggar kereta dan memerlukan pemindahan darah. Babak itu penting kerana di sinilah terbongkarnya rahsia bahawa Gita bukan anak kandung Ivan tetapi Andi;

tidak ditayangkan semasa Ivan melafazkan cerai kepada Fifi;

sewaktu polis menangkap Andi dan perkahwinan antara Susi dengan Benny;

Fifi mengalami gangguan jiwa kerana kehilangan kedua-dua anaknya, harta dan juga diceraikan Ivan.

Babak-babak menarik ini tidak saya saksikan di Suria tetapi saya saksikannya di Indonesia (Indosiar).

Selain daripada diri saya, saya pasti ramai lagi peminat Dia yang kecewa dengan suntingan sedemikian.

Saya berharap pihak Suria tidak menyunting drama Indonesia pada masa akan datang secara sembarangan sehingga mengganggu kelancaran dan akhir kisah drama tersebut.

Yanti.

Hmmm.. Patutlah ending DIA macam tergantung sahaja! Tertanya-tanya kenapa Andi tak ditangkap dan apa terjadi dengan Susi. Ingatkan ada DIA 4. Hmm.. Kami ditipu rupanya. Lain kali tak payahlah tayangkan ya cik SURIA oi…. Madachod betul!

Tribute to Nor Zila

May 21st, 2006 by admin | 7 Comments | Filed in Tributes

Sudah 20 tahun aku mengenali Nor Zila Binti Haji Aminuddin, seorang minah rok yang berasal dari Sungai Nibong, Pulau Pinang, dan dibesarkan di Klang, Selangor, Malaysia. Pada 31 Julai ni genaplah usianya 40 (1966), anak ke 7 dari 8 orang adik beradik. Cinta memang tak kenal usia.

Setiap gambar-gambarnya ku tampal didinding, Opp.. maksudku poster-posternya. Zila bukanlah kekasihku… dia adalah Diva Rock Melayu yang lebih dikenali sebagai Ella atau El sahaja. Bermula dengan pertandingan "Battle Of The Band" sekitar tahun 1985-1986 dengan kumpulan "The Boys" membuat "Ella & The Boys" menjadi diantara kumpulan rock terawal yang diminati selepas kumpulan "Search" dan "Wings". "Hanya Secebis Jawapan" dan "Ulat Bulu" adalah dua lagu pertama yang dirakamkan oleh Ella & The Boys.

dsc032841copy.jpg

Selepas Battle Of The Band, Ella & The Boys melahirkan album mereka sendiri dibawah "Waranda Sdn Bhd" dengan judul album "Anak Merdeka" pada tahun 1987. Album itu tidak mendapat sambutan peminat-peminat rock. Ella & The Boys muncul semula dengan album berjudul "Penghargaan Buat…" yang memuatkan lagu hit "Dua Insan Bercinta" ciptaan Loyd dan liriknya ditulis oleh Ayi.

dsc032851copy.jpg

Pada tahun 1988, disebabkan oleh persilihan faham, Ella terpaksa keluar dari The Boys dan menyertai "Warner Music Sdn Bhd" untuk meneruskan kariernya sebagai penyanyi solo. Tempat Ella digantikan oleh Shima. Bersama Warner Music, Ella melahirkan 3 album berjudul "Pengemis Cinta" (1989), "Identiti" (1990) dan "Puteri Kota" (1991). Antara lagu-lagu popular Ella bersama Warner Music ialah "Pengemis Cinta", "Semarak Cinta", "Suara Semalam", "Kasih", "Sepi Sekuntum Mawar Merah", "Cinta Selembut Sutera", "Tiada Tangis Lagi" dan "Cinta Mawar Putih".

bayangan_maut_02.jpg

Pada tahun 1990, Ella mula berjinak-jinak dengan dunia filem melalui filem "Bayangan Maut" arahan Yusof Haslam. Dua tahun kemudian (1992) Ella berlakon pula dalam filem "Pemburu Bayang". Pada tahun 1993, Warner Music melahirkan album kompilasi Ella berjudul "Unggul".

dsc032861copy.jpg

Ella kemudian menyertai "EMI Sdn Bhd" pada tahun 1993. "Dua Insan Bercinta" memuatkan 6 lagu sahaja dengan lagu hit "Kitalah Bintang" dan "Layar Impian", kemudian disusuli dengan album "30110" dengan lagu hit "Kabus & Sinar", "Mat Kental" dan "Sembilu". Pada 1994, Ella bergabung semula dengan The Boys untuk melahirkan album "Dua Insan Bercinta" dibawah "Waranda Sdn Bhd" dan bersama EMI Sdn Bhd untuk album kompilasi "8494". Lagu hit didalam "8494" ialah "Nuri" dan "Kesal".

Pada tahun 1994 pula, Ella melahirkan album "Ella USA" dimana album itu dibuat keseluruhannya di Amerika. Album Ella USA pernah mencipta rekod apabila terjual melebihi 300,000 unit pada 1994.Tahun 1996 pula, Ella melahirkan album "Demi Ella" bersama EMI Sdn Bhd. Antara lagu hit ialah "Gemilang". "Reflexi" pula menyusul pada tahun 1997, sebuah album kompilasi Ella.

dsc032871copy.jpg

"Hanya Kawan" adalah filem terakhir Ella arahan Harith Iskander dimana Ella berlakon disamping Han Issac pada tahun 1997. Dengan bintang undangan SLASH (ahli kumpulan Guns 'N' Roses) bermain gitar untuk lagu "Bayangan", album "El Ella" menemui peminat pada 1998. "Pedih" dan "Cinta Pertama" menjadi lagu kegemaran peminat-peminatnya.

Selepas hampir 5 tahun tidak menghasilkan album baru, album "Simbiosis" mengubat rindu peminat-peminatnya pada tahun 2003 dengan lagu "Simbiosis" meletop di corong-corong radio selain lagu tema "Standing In The Eyes Of The World" dan "Ulek Mayang".

Pada 2005 pula EMI mengeluarkan dua album untuk Ella. Pertama dengan album "Ella A Journey beyond" yang memuatkan 30 lagu-lagu terbaik dari Ella dengan sebuah lagu baru berjudul "Ku Tahu Kau Rindu". Album kedua merupakan album kompilasi juga, berjudul "Ratu Rock" yang memuatkan lagu-lagu baru "Dunia Batinku" ciptaan Loloq (duet bersama Tam Spider), "Kau Tiada Ganti" ciptaan Yasin (duet bersama Waheeda) dan "Perang Cinta" (duet bersama Farah AF2). Tidak lupa juga pada tahun 2005, Ella merakamkan lagu "Teruja" yang bermaksud 'excited' untuk soundtrack filem "Gol & Gincu".

dsc032881copy.jpg

Untuk penghargaan kepada Ella, EMI Music telah mengumpulkan kumpulan-kumpulan KRU, Phlowtron, Ruffedge, Shazzy, Soul ID (Indonesia,), Too Phat dan VE bersama Ella untuk merakamkan semula lagu-lagu Ella dalam versi non-rock didalam album "Urban Strike …With Ella".

m.jpg

Ella yang kini sudah mempunyai jejaka pilihannya sendiri merancang untuk berkahwin pada pertengahan tahun ini.

Gambar-Gambar Ella

Other Ella's website:
http://www.communityzero.com/raturockella/
http://raturock-ella.tripod.com/
http://www.geocities.com/elladivarock/