Home   Wordpress   Log in

Kotak-X

July 6th, 2006 by admin | Filed under Cakap Aje.

Beberapa minggu yang lepas, aku diberi peluang untuk membeli sebuah Kotak-X 2nd hand berharga S$25 sahaja. Oleh kerana benda alah ni hanya boleh memain game dvd yang original, jadi aku pun mencari cara-cara untuk menghack Kotak-X.

Cari punya cari, aku pun terjumpa link ini yang menerangkan cara-cara menggodeh. Apa yang diperlukan ialah kad ingatan Kotak-X, sekeping pemainan dvd yang mempunyai pepijat dan kemudahan internet.

Disini aku terjumpacara-cara membuat kad ingatan jikalau anda tidak mempunya kad ingatan Kotak-X.

Software ini untuk anda membuka mangga harddisk anda supaya anda boleh memasangnya di PC anda.

Ada juga cara-cara ini untuk meningkatkan atau menukar harddisk anda kepada isian lebih besar.

Tip-tip diatas ini belum lagi aku cuba. Jikalau ada yang sudah mencubanya, sila-silalah modkan Kotak-X aku ni.

Dengar-dengar ada sebuah program yang membolehkan Kotak-X ini memain Divx file.

2 Responses to “Kotak-X”

  1. mizie | 18/07/06

    hai, tumpang tanya, maner encik beli x-box encik tu…ada lg ker?

  2. Putera Emas | 22/07/06

    haha… benda murah… lambat abislah.

Share Your Thoughts