Puasa Dulu Baru Raya
October 18th, 2006 by admin | Filed under How To.Sudah 25 hari umat islam sedunia berpuasa… tinggal 5 hari lagi bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. Entah kita akan berjumpa bulan ini lagi, hanya DIA yang tahu.
Syukur tahun ini aku tidak diserang tekak kering yang mana akan mengakibatkan pendarahan di dalam tekak seperti tahun-tahun yang sudah. Tetapi, tahun ini berlaku pula kekeringan, kepedihan dan kemerahan dibahagian mata, seperti ada sesuatu di dalam kelopak mata. Untuk melegakannya, aku merehatkan mata aku dengan melebihkan tidur pada hari sabtu dan ahad.
Masih ada orang yang mencari alasan untuk tidak berpuasa seperti tidak boleh mengambil air sembahyang kerana kaki yang luka tidak boleh terkena air. Apa kena mengena puasa dengan sembahyang? Tak sembahyang, tak payah puasa ke? Abis kalau tak puasa, tak payah sembahyang lah….
Alhamdullilah, tahun ini aku belum lagi terlewat bangun sahur. Aku akan bersahur pada jam 4.45 hingga kira-kira pukul 5.15 pagi.
Selepas sahur, aku akan:
1. Mandi dulu sebelum menunggu azan subuh. Selepas sembahyang subuh, terus tidur dan bangun pukul 7.30 pagi. Cuci muka, bersiap untuk ke tempat kerja.
2. Minum segelas lagi kopi 3 dalam 1. Lepas tu otak akan segar sesegarnya sambil menunggu azan. Lepas subuh, tidur lagi, bangun pukul 7 pagi dan terus mandi. 7.30 pagi zoomm terus ke tempat kerja.
3. Kalau hari sabtu dan ahad, lepas subuh, aku akan tidur sampai pukul 11 pagi. Aku akan mengelakkan tidur hingga ke 1 petang, kerana tekak akan menjadi kering dan menjadi gatal. Silap2 akan berdarah.
Persiapan sebelum raya:
1. Zakat fitrah dah bayar… pakai tekan-tekan je.. tekan yang mahal sikit… tak apa… nak bayar cara lama kena beratur panjang…
2. Pergi geylang, cari dendeng… jalan punya jalan terjumpa baju Pakistan - size 44 - SGD 15…
3. Pergi geylang lagi cari capal… size 41 - SGD 20…. Dendeng lagi…
Apa lagi nak beli ek? Rasa takde lah… sebab aku bukan berjalan raya pun….
[odeo=http://odeo.com/audio/2188234/view]
Enjoy lagu dari Raihan ini. Tak jumpa pulak lirik dia…

Bro, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin aku ucapkan. So amacam persiapan raya ko?
yo… persiapan ya?
1. tembok dapur dengan toilet belum sempat dicat… lusa agaknya…
2. langsir bilik lum pasang lagi..
3. tingkap & almari lum lap.. berabuk campur berjerebu.
4. motor dah lama tak cuci dan polish…
5. barang2 lama lum lagi clear termasuk poster2 ct tu..
hmmm… banyak lagi lah benda lum buat.. lepas raya pertama bolehlah sambung buat…
hahahaha lepas ni dah habis, tolong plak ek kat rumah kiter..
selamat hari raya kepada awak2 berdua ek.. Maaf zahir batin…
hehehe.. tolong ek? oh.. maklumlah kat rumah awak semua anak-anak dara je..
kat sini entah leh abis tak menjelang raya nanti… rasa2 pagi raya masih berkemas kot..
Anyway, selamat hari raya buat jazz dan aura sekeluarga.