Archive for October, 2006
Ganjaran KerahmatanNYA
Lailatur’Qadar dan sesiapa menghidupkan mlm Ramadhan atau mlm2 bulan yg lain nescaya Allah swt memberi ganjaran kerahmatanNYA bagi hambaNYA yg benar khusyu’
-Rastaretro
Kesuraman Kubur
Sabda Rasulullah saw, “Kerjakanlah solat sunat tahajjud dua rakaat dlm kegelapan mlm untuk kesuraman kubur.”
-Rastaretro
Puasa Dulu Baru Raya
Sudah 25 hari umat islam sedunia berpuasa… tinggal 5 hari lagi bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. Entah kita akan berjumpa bulan ini lagi, hanya DIA yang tahu.
Syukur tahun ini aku tidak diserang tekak kering yang mana akan mengakibatkan pendarahan di dalam tekak seperti tahun-tahun yang sudah. Tetapi, tahun ini berlaku pula kekeringan, kepedihan dan kemerahan dibahagian mata, seperti ada sesuatu di dalam kelopak mata. Untuk melegakannya, aku merehatkan mata aku dengan melebihkan tidur pada hari sabtu dan ahad.
Masih ada orang yang mencari alasan untuk tidak berpuasa seperti tidak boleh mengambil air sembahyang kerana kaki yang luka tidak boleh terkena air. Apa kena mengena puasa dengan sembahyang? Tak sembahyang, tak payah puasa ke? Abis kalau tak puasa, tak payah sembahyang lah….
Alhamdullilah, tahun ini aku belum lagi terlewat bangun sahur. Aku akan bersahur pada jam 4.45 hingga kira-kira pukul 5.15 pagi.
Selepas sahur, aku akan:
1. Mandi dulu sebelum menunggu azan subuh. Selepas sembahyang subuh, terus tidur dan bangun pukul 7.30 pagi. Cuci muka, bersiap untuk ke tempat kerja.
2. Minum segelas lagi kopi 3 dalam 1. Lepas tu otak akan segar sesegarnya sambil menunggu azan. Lepas subuh, tidur lagi, bangun pukul 7 pagi dan terus mandi. 7.30 pagi zoomm terus ke tempat kerja.
3. Kalau hari sabtu dan ahad, lepas subuh, aku akan tidur sampai pukul 11 pagi. Aku akan mengelakkan tidur hingga ke 1 petang, kerana tekak akan menjadi kering dan menjadi gatal. Silap2 akan berdarah.
Persiapan sebelum raya:
1. Zakat fitrah dah bayar… pakai tekan-tekan je.. tekan yang mahal sikit… tak apa… nak bayar cara lama kena beratur panjang…
2. Pergi geylang, cari dendeng… jalan punya jalan terjumpa baju Pakistan - size 44 - SGD 15…
3. Pergi geylang lagi cari capal… size 41 - SGD 20…. Dendeng lagi…
Apa lagi nak beli ek? Rasa takde lah… sebab aku bukan berjalan raya pun….
[odeo=http://odeo.com/audio/2188234/view]
Enjoy lagu dari Raihan ini. Tak jumpa pulak lirik dia…
Surah 1. Al-Fatiha (The Opening) (Pembukaan)

1. Bismi Allahi alrrahmani alrraheemi
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Alhamdu lillahi rabbi alAAalameena
Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds;
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

3. Alrrahmani alrraheemi
Most Gracious, Most Merciful;
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4. Maliki yawmi alddeeni
Master of the Day of Judgment.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

5. Iyyaka naAAbudu waiyyaka nastaAAeenu
Thee do we worship, and Thine aid we seek.
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

6. Ihdina alssirata almustaqeema
Show us the straight way,
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

7. Sirata allatheena anAAamta AAalayhim ghayri almaghdoobi AAalayhim wala alddalleena
The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whose (portion) is not wrath, and who go not astray.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
[odeo=http://odeo.com/audio/2169931/view]
Serasi Bersama?
Adakah Nurul dan Ajai Serasi Bersama, Sehati Sejiwa, Seiring Sejalan atau Keliru? Saksikan lakonan mereka…