Kastam Malaysia (Imigresen JB) Bangsat!
Di Berita Harian (S’pore) hari ini ada lagi rakyat-rakyat Singapura yang hampir-hampir dimasukkan ke lokap kerana pasportnya tidak dicap. Kenapalah diaorang suka sangat hendak mencari pasal dengan kami?
Bukankah raykat-raykat Singapura itu ada pasport yang sah? Buat apalah kami hendak masuk secara haram? Orang bodoh sahaja yang berfikiran sebegitu!
Pada tahun 80an, keluarga aku pernah terkena kejadian sedemikian. Sudah dua puluh tahun berlalu, perkara sedemikian masih juga berlaku? Adakah ia disebabkan staf-staf imigresen Malaysia yang dengki sengaja tidak mencap pasport raykat Singapura?
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman harus memasukkan staf-staf imigresen Malaysia yang tidak membuat kerja dengan betul (cap pasport) kedalam lokap. Biar mereka rasa bagaimana rakyat Singapura rasa!
Sekarang ni dunia teknologi, pasport tidak perlu lagi dicap. Tekan sahaja tertikus komputer, kita boleh tahu adakah rakyat Singapura itu sudah melalui kastam JB.
Selagi rakyat Singapura ada pasport yang sah, kastam Malaysia tidak boleh mendakwa kami memasuki negaranya secara haram!