Archive for March, 2007
Amy Mastura
Amy Mastura Binte Suhaimi menjadi kekasih aku yang kedua selepas Nor Zila Binti Haji Aminuddin (Ella). Dilahirkan di Perak (Malaysia) pada 10 Mei 1971, bintang Amy Mastura mula bersinar ketika usianya 22 tahun setelah beliau memenangi pertandingan akhir Asia Bagus yang ketiga di Jepun pada tahun 1993.
Di bawah syarikat Pony Canyon, beliau merakamkan sebuah album bertajuk Amy Mastura pada tahun 1994. Jawapan Kasih dan Kasih menjadi siulan peminat-peminatnya. Pada tahun 1996 pula, Amy Mastura melahirkan album keduanya Pujaanku dengan lagu Kasih Kita menjadi hit di corong radio.

Selepas album keduanya, minat aku terus beralih kepada kekasihku yang ketiga (you should know who). Aku terus terlepas membeli album-album Puteri (1997), Puteri Impian II (1998), Bintang Hati (2000), Akan Datang (2002), album kompulasi Keunggulan dan album terakhirnya Lebih Baik pada tahun 2005.
Walaupun aku tidak lagi membeli album-albumnya, aku masih mengikuti perkembangannya menerusi filem-filem yang dilakonkannya seperti Puteri Impian (1997), Puteri Impian 2 (1998), Toll Gate Girl (2001), Bintang Hati (2004) dan Cinta 3 Musim (2004) selain drama sitkom Puteri (2006).
Antara lagu-lagu yang aku suka:
1. Bingung
2. Bulan Bintang
3. Cinta
4. Diam-Diam Rindu
5. Diantara Cinta
6. Kasih Kita
7. Kata Mama
8. Sha Na Na
9. Bicara Hati
10. Bintang Hati
11. Gema Rembulan
12. Hati Berlagu
13. Istimewa
14. Jawapan Kasih
15. Kasih Suci
16. Kasih
17. Kelip-kelip
18. Lagu Untukmu
19. Meniti Hari
20. Satu Dalam Sejuta
21. Siapalah Aku
22. Tiada Ragu
23. Warkah Biru
Pernah bertugas sebagai pramugari di MAS dan menjadi VJ MTV Syok. Pada 1996, beliau berduet bersama Tommy Page untuk lagu The Best Part.
[youtube=http://www.youtube.com.nyud.net:8080/watch?v=g4UdtfZVURc]
Kali terakhir aku melihat Amy Mastura secara lansung semasa beliau menjayakan Singapore Expo pada tahun 2002 dimana aku kesana kerana mahu melihat kekasih ketiga aku, tetapi ditipu oleh pihak penganjur. Baca kisahnya disini.
Infomasi lanjut mengenai Amy Mastura disini. Video-video Amy Mastura.
Feminin
Kumpulan Feminin pernah suatu masa dahulu memonopoli industri muzik melayu dengan imej, gaya dan muzik mereka yang tersendiri. Dianggotai oleh lima anak dara Asfarina (As), Ruzilawati (Watie), Andriyaty (Yatie), Intan Zanariah (Deq Nor) dan bekas anggota Nurasykilla (Along) pada tahun 1992, mereka menjadi kumpulan wanita nombor satu terdahulu sebelum kumpulan Res2, Freshies dan Elite. 4U2C dan Nico adalah antara kumpulan-kumpulan lelaki yang popular pada waktu itu.
Imej dan gaya rap mereka menjadi ikutan dan trend di kalangan remaja-remaja di era 90an. Dengan tubuh badan yang kurus dan tarian seperti cacing kepanasan, mereka menjadi motivasi kepada remaja-remaja yang berbadan besar. Lagu “Untukmu” dan “Kini” menjadi diantara lagu-lagu top di corong-corong radio dan teve pada masa itu.

Mempunyai empat buah album, “Untukmu”, “Kini”, “Rindu” dan album kompilasi “THE GREATEST HITS 1992-1997 - Untuk Mu… Kini” pada tahun 2005. Album ini memuatkan 15 lagu lama dari album-album terdahulu mereka dan sebuah lagu “Untuk Mu… Kini” diubah-suai oleh kumpulan KRU.
Pernah memenangi anugerah “Kumpulan Baru Terbaik” di Anugerah Industri Muzik (AIM) 1993.
Lagu-lagu didalam album “Untuk Mu … Kini”
1. Untuk Mu … Kini feat Nan Saturnmine
2. Kini
3. Rindu
4. Hanya Sekali
5. Kehadiran
6. Selamat Tinggal Cinta
7. Di Mana
8. Kembali 1
9. Ride N Slide
10. Sendiri
11. Pesanan
12. Tetap Bersama
13. Syurga di Dunia
14. Kembali 2
15. Cinta Abadi
16. Untuk Mu
Video “Untuk Mu… Kini”:
[youtube=http://www.youtube.com.nyud.net:8080/watch?v=nx50YpMoiok]
Dimanakah anggota kumpulan Feminin sekarang? Mengikut wawancara As di Utusan Malaysia, As sudah menjadi isteri bekas pemain bolasepak kebangsaan Malaysia, Azman Adnan pada 14 Disember 2004. Yatie komited dengan kerjanya sebagai Pengurus Akauntan Air Asia yang beroperasi di Indonesia. Deq Nor dan Watie sudah berkahwin dan sibuk menguruskan keluarga masing-masing.
Lain-lain video :
Irama Hip Hop Rentak Disco 123 Di Mana
Muat turun lagu-lagu Femini disini. Cerita lain dari peminat Feminin disini.
Eva
Eva bukan Maria Eva, penyanyi dangdut Indonesia yang ada scandal dengan ahli politik.
Bukan juga Eva Longoria, pelakon sexy Desperate Housewives.
Eva adalah kumpulan dangdut yang berasal dari Malaysia. Dianggotai oleh Reina, Mim’s, Linda dan Izzu, kumpulana ini pernah popular seketika pada tahun 1996 dengan lagu “Bulan Cinta”. Mempunyai sebuah album bertajuk “1001 Cinta” dibawah syarikat Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.
Lagu-lagu dalam album “1001 Cinta”:
1. Bulan Cinta
2. Tinang Tinong
3. Jangan Bersandiwara
4. Tidak Semua Laki-Laki
5. Cintaku Hanya Untukmu
6. Waktu Itu
7, Cinta Pertama
8. Pilih-Pilih
9. 1001 Cinta
10. Getar CintaPenerbit Album : Ruslan Mamat
Video Clip Eva : Bulan Cinta
[youtube=http://www.youtube.com.nyud.net:8080/watch?v=Nxs6k5oqPDs]
Selepas sebuah album, kumpulan Eva terus menyepi diri seperti kumpulan-kumpulan “Girls Power” yang lain di era 90an.
