Home   Wordpress   Log in

Archive for May, 2007

Ratu Universe 2007

May 29th, 2007 by admin | No Comments | Filed in Cerita Tv


Miss Japan (gambar dari msn.com)

Ni Miss Universe pageant ke Miss Asia pageant? Semua anugerah-anugerah dibolot oleh peserta-peserta asia. Riyo Mori dinobatkan sebagai pemenang di Mexico City semalam. Miss Congeniality dimenangi oleh Ningning Zhang dari China, sementara Miss Photogenic dimenangi oleh Ana Theresa Licaros dari Philippines. Malah Honey Lee (Lee Ha-nui) dari Korea menduduki tempat ke-4. Bau ikan? (smell fishy?). Kelong?


Miss Philippines (gambar dari wikipedia.com)

Apa kena dengan Miss USA, Rachel Smith? Setiap kali nama Miss USA dipanggil, penonton-penonton mem-boo-nya. Mungkin ini ada kena mengena dengan krisis politik USA dan Mexico. Amat memalukan Rachel terjatuh ketika segmen gaun petang dan disaksikan berjuta-juta manusia melalui kaca tv. Kesian Rachel… Untuk mengejek USA, Miss Mexico memakai pakaian yang melambangkan pertelagahan keagamaan/pemberontak 1920an di segman pakaian kebangsaan.


Miss Korea (gambar dari wikipedia.com)

Tempat ke-2 dimenangi oleh Natália Guimarães dari Brasil dan Ly Jonaitis dari Venezuela menduduki tempat ke-3.


Miss Japan (gambar dari yahoo.com)

Miss Tanzania Flaviana Matata ingat ini peraduan “The Next Top Model” ke sampai membotakkan kepalanya?

Untuk gambar peserta-peserta kali ini, sila klik sini. Segmen pakaian mandi disini.

Bob Ku-2 and Brudu - Ini Baru Rock

May 8th, 2007 by admin | 1 Comment | Filed in Muzik

Ini Baru Rock” telah dilancarkan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 18th April 2007. Dah lama aku tak dengar lagu hepi-hepi macam album ini. Tahniah Bob Kuman (KU2) dan The Brudu kerana menghasilkan album di bawah label New Southern Records (NSR) ini. Album ini memang Rock!

1. Aku Bukan Badigol…Bahalol (Feat Tajul (FTG))
2. Hai Obat (Feat Apek & Kid (Search))
3. Aku, Me And Myself
4. Apo Kono Eh Jang (Feat Kid (Search))
5. Kalaulah Aku Jutawan & Kalau Anda Gembira
6. Mamabeta
7. Gnicnek Anek (Feat Cat Farish)
8. Can Mali Can 007
9. Abang Ladon
10. Suatu Hari Dalam Sejarah (Feat Shades)


powered by ODEO

Bintang Emas : 4/5

Chermin

May 6th, 2007 by admin | No Comments | Filed in Wayangs

Chermin The Movie

Wahai cermin yang membayangkan semangatku.
Aku serahkan diriku.
Serantai kuasa dari langit.
Sepijak tanah dari bumi.
Seterang cahaya suria.
Seredup bulan purnama.
Datanglah padaku.

Filem arahan Zarina Abdullah ini yang mula ditayangkan pada 22 Mac 2007, mengingati aku pada filem Kuntilanak. Walaupun cerita Chermin mirip Kuntilanak, tetapi aku rasa filem ini lebih baik dari versi Indonesia yang mempunyai 4 cermin antik. Tahniah Starry Eye Productions!

Mengisahkan sebuah cermin antik warisan keluarga Nasrin lakonan Natasha Hudson. Cermin yang dahulunya dimiliki oleh Mastura lakonan Deanna Yusoff dijumpai oleh ibu Nasrin (Khatijah Tan) lalu diberikan kepada Nasrin selepas Nasrin mengalami kemalangan jalan raya. Nasrin yang mengalami kecacatan pada mukanya mula bercakap dengan roh Mastura yang terperangkap didalam cermin itu dan sanggup menyerahkan tubuhnya dalam usaha untuk mengembalikan kecantikan wajahnya.

Seperti filem Kuntilanak, musuh-musuh Nasrin dibunuh oleh Mastura. Apa akan terjadi kepada Nasrin? Sila-silalah melawat wayang berdekatan rumah anda.

Bintang Emas : 4/5