Home   Wordpress   Log in

Archive for June, 2007

Majalah Bertajuk “Jurnal Hitam”

June 25th, 2007 by admin | 1 Comment | Filed in News

Entah apa sahaja Berita Harian Singapura sibuk-sibuk hebohkan mengenai majalah seks bahasa Melayu yang diedar melalui e-mel. Kalau tahu diam-diam sahaja.. kang sekarang semua pembaca BH pasti akan cari benda itu di dalam internet. Bukan susah nak cari… guna search engine… sekejap je keluar “www.jurnalhitam.com“.


jurnalhitam2.jpg

Artikal dari cyberita.asia1.com.sg

MAJALAH SEKS BAHASA MELAYU DIEDAR MELALUI E-MEL
Oleh
Hisham Hambari

SEBUAH majalah berbahasa Melayu yang penuh dengan cerita seks dan dihiasi gambar-gambar lucah sedang diedar melalui e-mel di sini.

Majalah 40 halaman itu turut memuatkan pengalaman seks pembaca dengan memaparkan secara terperinci adegan-adegan seks memberahikan.

Majalah bertajuk Jurnal Hitam itu juga mempungai ruang fantasi seks, komen pembaca dan tip berkaitan seks, seperti cara meningkatkan kehebatan aksi seks.

Namun, ia tidak menggunakan tatabahasa yang betul dan lebih cenderung menggunakan bahasa pasar serta ejaan ringkas ala Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Siasatan Berita Harian mendapati majalah itu mula diedarkan Mei lalu dan diterbitkan sekerap seminggu sekali.

Ia tidak dicetak atau didapati di laman web majalah itu tetapi melalui kiriman e-mel dalam format PDF yang mudah dibaca atau dicetak.

Menurut laman majalah itu, pelanggan perlu mendaftar secara dalam talian sebelum dapat melangganinya.

Namun, BH mendapati ada pembaca menerimanya tanpa pesanan atau izin mereka.

Majalah berwarna-warni itu dipercayai juga sedang diedar secara percuma sekarang, dengan ungkapan ‘edisi promosi’ tertera pada muka depannya.

Tiada alamat rasmi, nombor telefon atau nama kakitangan tertera, namun majalah itu dipercayai diterbitkan di Malaysia.

Di ruang forum edisi 4 Jun lalu, majalah itu menerangkan ia tidak dicetak dan diedar hanya melalui e-mel.

‘Kalau kita ingin cetak, nak kena ada permit,’ katanya.

Mengulas mengenai kemunculan majalah itu, Anggota Kumpulan Penasihat Ibu Bapa bagi Internet (Pagi), Cik Mariam Alias, berkata ibu bapa tidak harus terkejut bagaimana teknologi mampu mengedar bahan-bahan lucah hari ini.

‘Ibu bapa perlu sama-sama membaca kandungan e-mel anak mereka yang berumur dibawah 16 tahun agar bimbingan dapat diberi,’ ujarnya.

Di bawah undang-undang, adalah satu kesalahan untuk menyimpan bahan lucah dalam komputer atau menghantarnya melalui e-mel atau sistem mengongsi fail.

Akta Penerbitan Tidak Diingini (UPA) melarang sesiapa daripada mengimport, mengedar atau menghasilkan semula bahan lucah.

Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda sehingga $10,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Anugerah Planet Muzik Tak Ada Prestij?

June 18th, 2007 by admin | 3 Comments | Filed in Cerita Tv

Semalam Niezam Abdullah dari Utusan Malaysia mengkritik penganjuran APM sekadar ingin memeriahkan industri muzik selain menaikkan nama Singapura yang ketandusan bintang-bintang. Malah beliau berkata anugerah yang dibawa pulang oleh setiap artis sekadar boleh dijadikan hiasan kerana ia tidak ada makna kepada kenangan itu.

Baca selanjutnya disini.

Tak ada makna? Aku rasa kalau artis tu pertama kali memenangi anugerah, ia sungguh bermakna untuk artis itu. Tetapi kalau macam Dato’ Siti Nurhaliza, mungkinlah takde maknanya sebab sudah berkilo-kilo anugerah APM yang beliau bolot sejak tahun 2000. :mrgreen:

Pemenang Anugerah Planet Muzik 2007

June 8th, 2007 by admin | 16 Comments | Filed in Cerita Tv

Entah kenapa Suria/Ria/Warna tidak menyiarkan rancangan APM yang ke 7 ini secara siaran langsung. Mungkin penjualan tiket yang tidak memberangsangkan membuat pihak APM memutuskan untuk menyiarkannya pada minggu hadapan (15hb Jun 2007).

APM kali ini tidak seceria pada tahun-tahun yang sudah kerana ketiadaan Adi Rahman sebagai pengacara yang selalu menyakat Siti Nurhaliza. Beliau hanya hadir untuk menyumbangkan sebuah puisi di acara Anugerah Cinta yang baru diperkenalkan. Mungkin Adi Rahman merajuk untuk tidak mengacara APM kali ini setelah Siti Nurhaliza berkahwin dengan Dato K? Lawak jenaka juga jarang dilakonkan oleh hos kali ini, Suhaimi Yusof, DJ Fiza O, Aznil Nawawi dan DJ Fika. Mungkin tiada keserasian atau tiada cerita sensasi dari dunia hiburan Malaysia selepas rahsia Dato’ Siti Nurhaliza terbongkah.

Walaupun Malaysia hanya menghantar 66 pencalonan berbanding dengan Indonesia (274 pencalonan) dan Singapura (102 pencalonan), mereka mampu menggondol 4 dari 8 kategori “Terbaik” (termasuk anugerah kepada anak watan Singapura, M.Nasir). Indonesia memungut tiga anugerah “Terbaik” dan Singapura boleh berbangga dengan sebuah anugerah “Terbaik” yang dimenangi oleh Imran Ajmain.

Kesemua empat anugerah “Popular” yang diundi oleh peminat-peminat dimenangi oleh artis Malaysia dengan Raja SMS Mawi merangkul dua anugerah sementara Siti Nurhaliza dan Sofaz masing-masing memenangi sebuah anugerah.

Untuk katergori “Singapura”, Taufik Batisah membolot sebuah anugerah “Terbaik”, dua anugerah “Popular” dan dua anugerah untuk pencipta lagu “Usah Lepaskan”. Imran Ajmain menerima tiga anugerah “Singapura” dengan dua anugerah untuk pencipta lirik lagu “Usah Lepaskan” dan sebuah anugerah “Terbaik”.

Kris Dayanti, Gita Gutawa dan Acha Septriasa sungguh cute…
(more…)