Pemenang Anugerah Planet Muzik 2007
Entah kenapa Suria/Ria/Warna tidak menyiarkan rancangan APM yang ke 7 ini secara siaran langsung. Mungkin penjualan tiket yang tidak memberangsangkan membuat pihak APM memutuskan untuk menyiarkannya pada minggu hadapan (15hb Jun 2007).
APM kali ini tidak seceria pada tahun-tahun yang sudah kerana ketiadaan Adi Rahman sebagai pengacara yang selalu menyakat Siti Nurhaliza. Beliau hanya hadir untuk menyumbangkan sebuah puisi di acara Anugerah Cinta yang baru diperkenalkan. Mungkin Adi Rahman merajuk untuk tidak mengacara APM kali ini setelah Siti Nurhaliza berkahwin dengan Dato K? Lawak jenaka juga jarang dilakonkan oleh hos kali ini, Suhaimi Yusof, DJ Fiza O, Aznil Nawawi dan DJ Fika. Mungkin tiada keserasian atau tiada cerita sensasi dari dunia hiburan Malaysia selepas rahsia Dato’ Siti Nurhaliza terbongkah.
Walaupun Malaysia hanya menghantar 66 pencalonan berbanding dengan Indonesia (274 pencalonan) dan Singapura (102 pencalonan), mereka mampu menggondol 4 dari 8 kategori “Terbaik” (termasuk anugerah kepada anak watan Singapura, M.Nasir). Indonesia memungut tiga anugerah “Terbaik” dan Singapura boleh berbangga dengan sebuah anugerah “Terbaik” yang dimenangi oleh Imran Ajmain.
Kesemua empat anugerah “Popular” yang diundi oleh peminat-peminat dimenangi oleh artis Malaysia dengan Raja SMS Mawi merangkul dua anugerah sementara Siti Nurhaliza dan Sofaz masing-masing memenangi sebuah anugerah.
Untuk katergori “Singapura”, Taufik Batisah membolot sebuah anugerah “Terbaik”, dua anugerah “Popular” dan dua anugerah untuk pencipta lagu “Usah Lepaskan”. Imran Ajmain menerima tiga anugerah “Singapura” dengan dua anugerah untuk pencipta lirik lagu “Usah Lepaskan” dan sebuah anugerah “Terbaik”.
Kris Dayanti, Gita Gutawa dan Acha Septriasa sungguh cute…
Persembahan pembukaan dipersembahkan oleh Mawar Berduri dengan lagu “Sayang-Sayang” bersama Altimet dan penari-penari Sriwarna. Apa kena dengan Mawar Berduri? Suka sangat jadi minah Jawa.
Pemberian anugerah untuk 14 katergori yang dipertandingkan dimulakan dengan “Sifu” M.Nasir dan “Diva” Kris Dayanti mengumumkan pemenang Artis Baru Lelaki Terbaik dan Artis Baru Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Imran Ajmain dan Noryn Aziz. Cantik Kris Dayanti dengan rambut pendeknya.
Kumpulan Letto menghiburkan penonton dengan lagu “Sandaran Hati” dan “Ruang Rindu”. APM 2007 semacam sudah menjadi acara muzik Malaysia dengan Aznil Nawawi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia.
Nurul Aini, Ashraf Sinclair dan Zizi (DJ Era) mengumumkan anugerah “Duo/Kumpulan Baru Terbaik” yang dimenangi oleh kumpulan Letto. Taufik Batisah mendendangkan lagu “Usah Lepaskan” diselang selikan oleh lagu Syed Azmir, “Lagu Tidurku”. Irwansyah bersama-sama Taufik dan Azmir menyampaikan lagu “Pencinta Wanita”.
Riz (DJ Warna), Fauzi Laili dan Sazzy Falak pula menyampaikan anugerah “Lagu Paling Popular” yang dimenangi oleh lagu “Kian”. APM 2007 sungguh bermurah hati dengan memberi anugerah untuk pengubah lagu dan penulis liriknya sekali. Anugerah “Kumpulan Paling Popular” dimenangi oleh kumpulan Sofaz.
Malaysian Idol Jaclyn Victor mendendangkan lagu “Cinta Tiada Akhirnya” dan dikuti oleh penyanyi R&B/Jazz, Noryn Aziz dengan lagu “Lara”. Boringnya lagu Noryn ni….
Gita Gutawa menghiburkan dengan lagu “Bukan Permainan” sambil bermain gitar merah jambunya. Aluna Sagita Gutawa anak kepada Erwin Gutawa yang lahir pada 11 Ogos 1993, ini mempunyai potensi untuk menjadi “Diva” yang akan datang.
Kumpulan Estranged kemudian menyampai lagu “Itu Kamu”. Kumpulan Letto dan Nity (DJ Ria) menyampaikan anugerah “Artis Lelaki Paling Popular” yang dimenangi oleh Asmawi. Nana (DJ Era) dan Ajai pula menyampakilan anugerah “Artis Wanita Paling Popular” yang dimenangi oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Apa kena Dato’ Khalid tu nak cium-cium Dato’ Siti di depan TV?
Kumpulan Malex pula menghangatkan suasana APM dengan lagu “Mengapa”. ROCK Terus Hidup! Teringat aku pada kumpulan Candy dari Malaysia yang terdiri dari 4 wanita yang berambut panjang. Hmm.. bagaimana kumpulan Malex ni boleh menyimpan rambut panjang-panjang? Pinjam rambut Ella dan Kris Dayanti ke?
Anugerah “Duo/Kumpulan Terbaik” dan “Artis Lelaki Terbaik” disampaikan oleh Jaclyn Victor, Hafiz Glamor (DJ Ria) dan Nur Fazura Sharifuddin yang dimenangi oleh Dewa 19 dan M.Nasir.
Adi Rahman menyampaikan sebuah puisi sebelum Hady Mirza membawakan lagu Hijau bersama Zainal Abidin. Tahniah Hady kerana membawakan lagu ini dengan baiknya. Faham ke lirik Iban tu Hady? Zainal Abidin cool je…
Penerbit eksekutif APM, Cik Zakiah Halim menyampaikan “Anugerah Cinta APM” kepada Zainal Abidin. Tahniah Zainal! Nampak tua sikit lor, dah 48 tahun… Cik Zakiah Halim kemudian menyampaikan “Anugerah Khas APM” kepada pemenang pertama “Asia Bagus” Kris Dayanti.
Kris Dayanti menyampaikan lagu “I’m Sorry, Goodbye”. Ada Apa Dengan Lagu Ni KD? Sedih bangat… Acha Septriasa dan Irwansyah mempersembahkan lagu terbaru mereka “Ada Cinta” dan lagu hit mereka “Heart”.
Medley dari Gita Gutawa, Siti Nurhaliza dan Taufik Batisah. Gita Gutawa terlupa lirik dan terbuat lagu Biarlah Rahsia menjadi versi Indonesia.
Lagu-lagu medley:
Gita Gutawa & Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia (Siti Nurhaliza)
Taufik Batisah - Cinta Terakhir (Ari Lasso)
Siti Nurhaliza - Demi Waktu (Ungu)
Gita Gutawa & Siti Nurhaliza - Kenangan Terindah (Samsons)
Taufik Batisah - Hapus Aku (Nidji)
Taufik Batisah, Gita Gutawa & Siti Nurhaliza - Juwitaku Citra Terindah(M.Nasir)
Kudsia Kahar dan AB Sheik mengampaikan anugerah “Lagu Terbaik” yang dimenangi oleh lagu “Biarlah Rahsia”. Tahniah Dato’ Siti Nurhaliza! Makin tembam Mak Iti sekarang ni, nak menari pun susah. Mengandung ke atau the making of next Dato’ Sharifah Aini?
Anugerah “Artis Wanita Terbaik” disampaikan oleh Najip Ali dan Dato’ Tom Abang Saufi yang dimenangi oleh Dato’ Siti Nurhaliza sekali lagi. Nasib baiklah Dato’ Siti tiada dibawah bersama DK, kalau tidak tiga kalilah Dato’ Khalid cium MI! Anugerah “Album Terbaik” diberi kepada album “Naluri Lelaki” dari kumpulan Samsons.
Diddy, Yanie, Hady Mirza dan Kris Dayanti mendendangkan lagu “Saling Terpesona” untuk persembahan terakhir. Boleh tahan juga lagu ini. Yanie nampak sungguh ceria dan seronok pada malam ini. Hady berisi/letih/sakit?
Liputan ini ditulis mengikut lintas langsung dari saluran Astro yang hanya disiarkan setengah jam selepas acara pembukaan APM 2007 dimulakan. Sila tunggu siaran dari Suria minggu hadapan untuk melihat persembahan Imran Ajmain dan kumpulan Sleeq dan penyampaian anugerah-anugerah katergori Singapura.
Gambar-gambar APM 2007 boleh didapati di sini dan sini dan disini. Video klip sumbangan KasutHitam@YouTube.Com.
Dengar khabar, artis-artis Singapura, Taufik Batisah, Hady Mirza dan Syed Azmir mendapat rating baik dari penonton-penonton Astro di Malaysia. Sayang sekali mereka tidak dapat melihat Imran Ajmain dan kumpulan Sleeq membuat persembahan.
Akhir kata dari Putera Emas : Yang kalah, tidak semestinya bukan yang terbaik!
Pemenang-pemenang APM 2007
Artis Lelaki Baru Terbaik:
Artis Wanita Baru Terbaik:
Duo/Kumpulan Baru Terbaik:
Artis Lelaki Terbaik
Artis Wanita Terbaik
Duo/Kumpulan Terbaik
Lagu Terbaik
Album Terbaik
Artis Lelaki Paling Popular
Artis Wanita Paling Popular
Kumpulan Paling Popular
Lagu Paling Popular
Artist Terbaik Singapura
Album Terbaik Singapura
Lagu Terbaik Singapura
Artis Paling Popular Singapura
Lagu Paling Popular Singapura
Anugerah Cinta
Anugerah Khas
HakCipta@PutraWorks.Com
[techtags:Anugerah Planet Muzik 2007,Suria,Ria,Warna,Anugerah Cinta APM,Siti Nurhaliza,M.Nasir,Imran Ajmain,Mawi,Sofaz,Taufik Batisah,Kris Dayanti,Gita Gutawa,Acha Septriasa,Mawar Berduri,Sayang-Sayang,Altimet,Hady Mirza,Hijau,Zainal Abidin,Malex,Yanie,Diddy,Saling Terpesona,Biarlah Rahsia,Cinta Terakhir,Demi Waktu,Kenangan Terindah,Hapus Aku,Juwitaku,Noryn Aziz,Letto,Truth Cry & Lie,Dewa 19,Kian,Bhumiband,Konspirasi Dunia,Usah Lepaskan ]
June 9th, 2007 at 10:04 pm
Sorry kerana menghantar msg yg takde kena mengena dgn APM. I’m trying to change to Wordpress, and I tried to import my entries from Blogspot tapi tak berhasil. Can you please teach me how to go abt doing it? You can email me back at the email add above. Thx…
June 9th, 2007 at 11:20 pm
yo bro.. check your mail.
June 10th, 2007 at 3:01 pm
I watched APM 2007 at Astro Ria LIVE!
June 10th, 2007 at 3:53 pm
I watched at Astro too.. but delay one.. hehehe
June 10th, 2007 at 5:01 pm
Bro, camne ko boleh dpt tengok Astro?
June 10th, 2007 at 5:07 pm
hehe.. biarlah rahsia…
June 12th, 2007 at 6:23 pm
ape je… hady bukan nyanyi lagu iban lah… kekeke
lyrik tu ditulis dlm loghrat Negori Sembilan. Lebih tepat lagi Loghrat Minang Kabau sbb orng negori kebanyakan datang dari Minang Kabau, Indonesia.
June 20th, 2007 at 3:08 am
Yo bro check out http://www.syoktv.com and go figure
I watch this from overseas as well..
June 26th, 2007 at 2:53 pm
Nama saya Gita tetapi bukan Gita Gutawa..Aku peminat Gita Gutawa!!!
June 28th, 2007 at 10:56 pm
APM ….
sory banget dari ….untuk acaras kontes ini para artis Indonesia sesungguhnya tidak berminat untuk ikut APm….sebenarnya mereka hanya menerima undangan acara APM yang mereka sendiri tidak ambil pusing,
Kalau difikir lagi…acara APM tidak banyak memberi manfaat . Saya juga Heran jika anugrah APM itu penilaiannya dari Masyarakat Indonesia, singapura, or malaysia. Saya sebagai masyrakat indonesia hanya tahu siti Nurhaliza sebagai artis malaysia yang lain tidak ada yang tau mawi kah …atau juga artis singapura terbaik yang lain yang dapat anugrah terbaik.
Bukankah katanya anugrah APM itu dinilai dari 3 negara tapi knapa ya saya tak tahu film, muzik or artis malaysia dan singapura yang ada di market Indonesia kecuali siti Nurhaliza.jadi sya fikir APM tidak punya legitimasi yang bagus dimayarakat Asean. And saya fikir ajang APM hanya sesuai dengan acara orang malaysia dan singapura saja karena tidak ada lagu-lagu malaysia yang ada ada dimarket Indonesia
jadikalaimat ini w alaupun Malaysia hanya menghantar 66 pencalonan berbanding dengan Indonesia (274 pencalonan) dan Singapura (102 pencalonan) sepertinya Indoensia tidak pernah menghantarkan calon…hehehe solanya banda letto aja tidak tau untuk acara apa mereka di undang ke singapura dan mereka baru tahu setelah diberi penghargaan aneh kan”
saya pribadi lebih setuju kalau memang penghargaan Apm untuk Asean artis itu harus terkenal setidaknya di tiga negara kalaupun seperti Mawi dapat penghargaan artis terbaik untuk ASEAN tapi sya fikir orang Indonesia tidak pernah tau siapa mawi dan lagunya seperti apa bagus atau tidak akalu dia jadi artis terbaik di APM seharusnya dia ada peminta di Indonesia.
Sebenarnya kami sebagai juga suka jika ada lagu malaysia or singapura yang punya kualitas bisa didengar di Indonesia tapi hanya ada lagunya siti Nurhaliza
August 8th, 2007 at 8:49 am
yeap dats ryt galih eko tedy. APM is not supposed to be the asean music award competition. cos most of the songs in it almost not popular in indonesia. the only one singer that popular in indonesia is just SITI NURHALIZA. the rest,, hmmpp hehe we dont know. so i think its supposed to be the music awards between malaysia and singapore only. but why they said that this music award based on asean choices thru sms and website. in the mean time, we as indonesian citizen really dont know singapore or malaysian artist besides SITI NURHALIZA. lols… funny
August 8th, 2007 at 8:57 am
ahaaaaa… yeap. u are ryt. i’m as indonesian really dont understand how the way this music award claimed as ASEAN MUSIC AWARD. category, the best, most popular, and many more were chosen by asean viewer such as indonesia, malaysia and singapore. but we are as indonesian absolutely dont know like mawi, taufik, jaclyn, sofaz and the bla and the bla… are they popular?? are they the best?? we really dont know them at all. how can it be said as POPULAR or THE BEST. in the mean time we dont know whos mawi, sofaz, taufik or else…. thx gimme more explanations for sure.
August 13th, 2007 at 8:41 am
bener tuh kata galih eko tedy. apm itu tsk bs disejajarkan dengan asean music awards. masa calonnya cuma dr indonesia, malaysia, singapore doang? seharusnya seasean dong.it`s not fair.
apalagi penyanyi malaysia dan singapur tidak pernah berkibar di blantika musik Indonesia. bagaimana masyarakat Indonesia bisa memilih calonnya kalau penyanyi dari negeri seberang saja tidak tau?
hanya siti nurhaliza saja yang mereka kenal. maka dari itu, apm harus diperbaiki.
September 10th, 2007 at 3:51 pm
klo guw cii stuju apa kata cii galih,,, klo emank mau ngadain APM itu,, harus fair pnilaiannya dari 3 negara,,,jangan cUma dari malaysiA ato singapur doank,,,
di indonesia nama APm aja belom bannyak orank iank tau,, gmana artiz2nya khususnya dari malaysia or singapore mau terkenal di indonesia,,, kanpa cuma siti nurhaliza n sheila madjid aja yang bisa tenar di indonesia kanpa yang lain gag bisa???
guw harap cii buad penyelenggaraan APM nanti 2008,, penilaiannya haruz fair,, haruz adil seadil2nya libatin juga orang2 indon buad milih siapa yang berhak buad menang
di stiap kategori,,,
oke,,
November 18th, 2007 at 3:50 pm
bener banget kalo acara apm itu agak aneh.mestinya yang menang itu punya album yang diedarkan di tiga negara yaitu indonesia, malaysia dan singapore.masa yang dapat penghargaan terbaik dan popular itu muzik dan lagunya tidak diketahui or tidak dikenal di indonesia . aneh banget???.
December 17th, 2007 at 2:34 pm
it’s all rigt. I am indonesian and i am agree if APM do not represent indonesian, malaysian and singaporean viewers. I think if they are asked to answer who is the best and popular artist among them, i am sure the answer is artist who they know and popular. Young Indonesia viewer do not know Singaporean and Malaysian popular artist except Siti Nurhaliza or Sheilla Majid! Who is Mawi? Who is M, Nasir? bla…bla…! If APM want to be the great music award among that countries, they have to be fair judgement and no politics in judgement