Home   Wordpress   Log in

Archive for the ‘Boy Girl’ Category

Pantang lelaki…

March 15th, 2007 by admin | No Comments | Filed in Boy Girl

Oleh
Noor Azlin Sukri

MENGAPAKAH sukar lelaki dan wanita untuk berkomunikasi?

Mungkin wanita tidak sedar wujud beberapa pantang yang mudah menjadi pemicu kemarahan golongan cik abang.

Lelaki ‘bingit’ apabila wanita:

1. Ungkit kisah lama

Anda marah dan kerana kemampuan wanita mengingati sesuatu peristiwa dengan terperinci, anda mengomel sambil mengungkit kisah 10 tahun lalu.

Tetapi cik abang bertanya: ‘Ah? Apa kena mengenanya?’

2. Banyak soal

Wanita suka berdialog, umpamanya beliau ingin tahu di mana lelaki itu makan tadi, dengan siapa dan apa yang dibualkan tetapi lelaki salah faham dan menganggapnya seperti disoal inspektor polis.

3. Bersaing dengan dirinya

Beliau sedang bercerita dengan anda tentang perangai bos di tempat kerja. Bukannya beliau ingin anda mendengar keluhannya sebaliknya bercerita panjang lebar tentang diri sendiri.

Lelaki menganggap anda sedang bersaing cerita dengannya sedangkan apa yang beliau mahukan ialah untuk anda mengatakan beliau betul dan bosnya salah.

4. Perlakukan mereka bak anak kecil

Mereka tidak perlukan seorang lagi ibu untuk memperbetulkan gaya, cakap dan pakaian mereka, bertanya mengapa tidak melakukan begitu dan begini.

5. Mengongkong

Bukan beliau tidak mempedulikan anda.

Sebenarnya ramai lelaki perlukan ruang untuk menyendiri. Mereka kadangkala perlu berinteraksi dengan kaum sejenis mengenai perkara-perkara yang hanya mereka fahami.

6. Menuduh

Wanita suka berbicara bak dirinyalah menjadi mangsa sekali gus membuat lelaki berasa bersalah. Misalnya:

Wanita: Baju mana yang cantik, merah ke biru?

Lelaki: Entah, suka hati awak. Dua-dua cantik.

Wanita: Awak memang tak ambil endah. Semua tak tau!

7. Cakap berputar belit

Cara perbualan, penyampaian dan menceritakan sesuatu dengan amat terperinci dan panjang lebar seolah-olah tiada penghujungnya membuat lelaki bosan kerana apabila berbual, lelaki lebih fokus.

8. Tidak tahu simpan rahsia

Mungkin wanita rasa tidak bersalah memberitahu teman bahawa suaminya berdengkur amat kuat dan cerita begini menggelikan hati tetapi lelaki menganggapnya kesalahan besar.

9. Bertanya sayang ke tidak

Pertanyaan seperti, ‘Awak sayang saya tak?’ buat sekali dua tidak mengapa tapi kalau ditanya berulang kali boleh membuatnya bosan.

10. Kata ‘tak ada apa-apa’

Apabila anda mematikan diri dan mengharap mereka ‘membaca’ fikiran anda, anda membuat mereka berasa keinginan untuk menolong ditolak dan akhirnya, mereka pun meradang. Tercetuslah perang sengit.

Dengan memahami ‘pantang-larang’ kaum lelaki, perkara-perkara yang boleh membuat mereka bosan yang selalunya mencetuskan peperangan boleh dielakkan.

Nota: Penulis ialah siswazah Psikologi Amali, Universiti Southern Queensland dan juga ibu tiga orang anak yang berusia antara 10 dengan lima tahun.

http://cyberita.asia1.com.sg/

Putera Emas : Fakta nombor 9 tu memori daun pisang aku….

Andainya Cinta Itu Hendak Diberi

March 17th, 2005 by admin | No Comments | Filed in Boy Girl

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang…

1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kred! ibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertangg! ungjawab

10-Tenang wajah
Apa yg tersimpan dalam sanub ari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

"Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya…"