Hari Nak Kiamat?
March 6th, 2007 by admin | 1 Comment | Filed in Cakap AjeKira-kira pukul 11.50, kepala aku tiba-tiba bergegar, diikuti badan aku. Dalam fikiran aku menyoal diriku sendiri, adakah aku sakit? Aku meletakkan tangan aku diatas meja, meja itu juga bergoyang untuk beberapa saat. Aku menyangka budak dihadapan aku yang mengoyangkan meja aku. Aku tidak menyangka apa-apa buruk yang sedang berlaku. Selepas itu aku dapati laman website ‘TODAY’ susah untuk dimasuki.
Selepas makan tengahari, tiba-tiba teman aku memberitahu yang sebuah gegaran berlaku di Padang, Indonesia. Rupa-rupanya gegaran 6.6 Richter Scale yang aku alami. Dengar-dengar, di daerah bandar, gegaran lagi amat kuat berbanding di tempat kerjaku di Toa Payoh.
Dalam pukul 1.55 petang, lagi satu gegaran aku rasakan, tetapi kali ini ia tidak begitu kuat.
