Entah kenapa Suria/Ria/Warna tidak menyiarkan rancangan APM yang ke 7 ini secara siaran langsung. Mungkin penjualan tiket yang tidak memberangsangkan membuat pihak APM memutuskan untuk menyiarkannya pada minggu hadapan (15hb Jun 2007).
APM kali ini tidak seceria pada tahun-tahun yang sudah kerana ketiadaan Adi Rahman sebagai pengacara yang selalu menyakat Siti Nurhaliza. Beliau hanya hadir untuk menyumbangkan sebuah puisi di acara Anugerah Cinta yang baru diperkenalkan. Mungkin Adi Rahman merajuk untuk tidak mengacara APM kali ini setelah Siti Nurhaliza berkahwin dengan Dato K? Lawak jenaka juga jarang dilakonkan oleh hos kali ini, Suhaimi Yusof, DJ Fiza O, Aznil Nawawi dan DJ Fika. Mungkin tiada keserasian atau tiada cerita sensasi dari dunia hiburan Malaysia selepas rahsia Dato’ Siti Nurhaliza terbongkah.
Walaupun Malaysia hanya menghantar 66 pencalonan berbanding dengan Indonesia (274 pencalonan) dan Singapura (102 pencalonan), mereka mampu menggondol 4 dari 8 kategori “Terbaik” (termasuk anugerah kepada anak watan Singapura, M.Nasir). Indonesia memungut tiga anugerah “Terbaik” dan Singapura boleh berbangga dengan sebuah anugerah “Terbaik” yang dimenangi oleh Imran Ajmain.
Kesemua empat anugerah “Popular” yang diundi oleh peminat-peminat dimenangi oleh artis Malaysia dengan Raja SMS Mawi merangkul dua anugerah sementara Siti Nurhaliza dan Sofaz masing-masing memenangi sebuah anugerah.
Untuk katergori “Singapura”, Taufik Batisah membolot sebuah anugerah “Terbaik”, dua anugerah “Popular” dan dua anugerah untuk pencipta lagu “Usah Lepaskan”. Imran Ajmain menerima tiga anugerah “Singapura” dengan dua anugerah untuk pencipta lirik lagu “Usah Lepaskan” dan sebuah anugerah “Terbaik”.
Kris Dayanti, Gita Gutawa dan Acha Septriasa sungguh cute…
(more…)