Archive for the ‘Cerita Tv’ Category
Pesta Perdana 9 SURIA

Gambar dari laman rasmi Suria.SG
Tahniah Suria kerana menghidupkan semula era Broadway kembali di Pesta Perdana 9. Malangnya persembahan “Tom Jones Singapura” Ismail Haron terbantut disebabkan kerosakan teknikal.
Seperti sudah diduga, Cik Sal Boleh aka Fid aka ERA FARIDA memenangi 2 anugerah iaitu “Personaliti Wanita Paling Popular” dan “Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama”. Tahniah Kak Fid kerana berjaya merampas kembali anugerah “Personaliti Paling Popular” yang dimenangi pada tahun 2001 (PP5)! Semakin cantik Kak Fid.
Agak memeranjatkan anugerah “Pelakon Lelaki Terbaik Untuk Watak Utama” jatuh kepada Rafaat Haji Hamzah. Tahniah kerana seperti Kak Fid merampas semula anugerah (Pelakon Lelaki Terbaik) yang pernah dimenangi pada tahun 1999 (PP3).
Perlu ke Suria mengadakan anugerah “Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu” dan anugerah “Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Pembantu” yang tidak memberi makna kepada penerima yang lebih layak bertanding untuk anugerah “Pelakon Terbaik dalam Watak Utama”? Ia seperti mencacatkan pencapaian pelakon mapan seperti Mastura Ahmad yang memenanginya tahun ini, dimana beliau pernah memenangi anugerah “Pelakon Wanita Terbaik” pada tahun 2002 (PP6) dan pada tahun 2001 (PP5). Sebaiknya anugerah seperti ini wajah digantikan dengan anugerah “Pelakon Veteran Lelaki Terbaik” dan “Pelakon Veteran Wanita Terbaik”.
Walau bagaimanapun, tahniah kepada Mastura Ahmad dan Suzairhe Sumari kerana memenangi anugerah “Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Pembantu” dan “Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu” masing-masing. Suzairhe Sumari pernah memenangi anugerah serupa pada tahun 2003 (PP7). Adakah Suzairhe Sumari hanya sesuai sebagai “Pembantu” sahaja?
Syabas kepada Hyrul Anuar kerana menyampaikan lagu-lagu tema dengan begitu baik sekali. Sekali lagi Pesta Perdana dicacatkan dengan lagu “Sombong” dari Taufik Batisah yang lari dari tema asal broadway!
Akhir sekali, tabik spring kepada Pak Wahid Satay yang bukan sahaja menerima anugerah “Perdana Emas”, tetapi menyampaikan ucapannya dengan berlawak sambil menari-nari diatas pentas.
Cadangan Putera Emas : Pesta Perdana akan lebih meriah lagi jikalau ia mengadakan anugerah-anugerah serantau untuk drama-drama Malaysia dan Indonesia yang diimport oleh Suria, sedikit sebanyak ala-ala Anugerah Planet Muzik.
Pemenang-pemenang Pesta Perdana 9:
1. Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama
Rafaat Hamzah (Dian 3)2. Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama
Era Farida (Dimensi Ke-4)3. Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu
Suzairhe Sumari (Cinta Q)4. Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Pembantu
Mastura Ahmad (Dimensi Ke-4)5. Pelakon Terbaik dalam Watak Komedi
Ahmad Stokin (Buah Korma Air Zam Zam)6. Pelakon Harapan Terbaik
Fauzie Laili (Teman, Anugerahku)7. Pengacara Terbaik
Suhaimi Yusof (Muzika Ekstravaganza 1)8. Pengacara Baru Terbaik
Shah Iskandar (Singapura LIVE)9. Bintang Cilik Terbaik
Nur Habriyah Md Nasir (Dian 3)10. Drama Terbaik
Dian 311. Drama Khas Terbaik
Buah Korma Air Zam Zam12. Rancangan Hiburan Terbaik
Popumentari13. Rancangan Hiburan Khas Terbaik
Pesta! Pesta! Pesta!14. Rancangan Informasi Terbaik
Soo…Lazat15. Rancangan Kanak-Kanak Terbaik
Krayon Sr316. Pengarah Terbaik – Drama
M. Nazrin Khairunan (Dian 3)17. Pengarah Terbaik – Hiburan
Najip Ali, Azni Samdin (Pesta! Pesta! Pesta!)18. Pengarah Terbaik – Berita/Ehwal Semasa
Othman Bohari (MediaCorp News)19. Grafik Pembukaan Terbaik
Kilo 12320. Lagu Tema Terbaik
Cipta Kasih (Cinta Q)
Pencipta Lagu : Mayuni Omar
Pencipta Lirik : Hamed Ismail21. Rancangan Paling Popular
Anugerah Planet Muzik 200622. Personaliti Lelaki Paling Popular
Taufik Batisah23. Personaliti Wanita Paling Popular
Era Farida24. Anugerah Perdana Emas
Wahid Satay
Calon-calon Pesta Perdana 9
Pemenang-pemenang Pesta Perdana yang lalu.
Million Miles 2
Anugerah Skrin
Tidak ramai yang menyangka Mohammad Shahril Bin Abdul Wahid akan dinobatkan sebagai pemenang. Begitu juga yang tidak menyangka pilihan Dato’ Yusof Haslam, Shah Iskandar Bin Mahfuz akan mendapat undian sms paling sikit pada malam itu.
Nurhuda Binte Mohamed Ali bernasib baik kerana pergaduhan antara Nurul Akhmar Binte Elias dengan Surianny Binte Sulaiman mengenai sepasang kasut membuatnya lebih layak memenangi kategori wanita.
Singapore Idol
Dua belas finalis sudah pun diketahui umum. Selepas ini acara akan semakin bosan dimana satu demi satu peserta akan dikeluarkan pada setiap minggu dan dua peserta akan berentap di peringkat akhir dan akan dinobatkan sebagai Idola Singapura yang kedua.
Diantara finalis-finalis kali ini, Joakim Gomez, Paul Twohill dan Rahimah Rahim mempunyai harapan untuk menjadi Idola Singapura.
One In A Million
Satu lagi konsep baru diperkenalkan didalam mencari peserta yang layak ke peringkat seterusnya. Pertandingan kalah mati dimana sepuluh peserta terbaik pilihan juri diberi kesempatan membuli peserta-peserta lemah.
Oleh kerana terlalu yakin dan mengambil ringan lawannya, Low Sook Yee (Suki) peserta pilihan nombor satu akhirnya tewas kepada Alif dan terpaksa berdoa supaya dihidupkan semula untuk membentuk dua belas finalis OIAM. Seorang peserta akan dipilih oleh Syafinaz Selamat dan Paul Moss. Seorang lagi ditentukan oleh peminat-peminat melalui undian SMS dan web.
Adakah Siti Nursairah Tarudin (adik Siti Nurhaliza) akan dipilih oleh peminat-peminat Siti Nurhaliza dan SNP? Atau adakah Dato’ K akan turut membantu bakal adik iparnya? Atau mungkinkah peminat-peminat Siti Nurhaliza akan memboikot adiknya? Semuanya Biarlah Rahsia buat masa ini.
Million Miles
Sekarang ni banyak betul peraduan-peraduan mencari bintang. Bermula dari “American Idol“, penganjur-penganjur tempatan mengambil kesempatan dan keuntungan mengadakan peraduan-peraduan mereka sendiri seperti “Singapore Idol“, “Anugerah“, “Anugerah Skrin” dan peraduan-peraduan adubakat untuk saluran cina dan india.Saluran-saluran Malaysia juga tidak ketinggalan dengan peraduan-peraduan mereka sendiri seperti “Malaysian Idol“, “Akademi Fantasia” dan “One in A Million“.Ulasan-ulasan:
Singapore Idol 2 (Piano Show - Group 1)
Memang senang hendak meramalkan Jonathan Leong dan Paul Twohill akan melayakkan diri kepusingan seterusnya. Terence Tay mungkin akan mendapat vote pengadil-pengadil untuk mengisi 4 tempat kosong yang khas disediakan untuk pilihan pengadil-pengadil. Singapore Idol 2, setiap Rabu (9 malam) dan khamis (9.30 malam) di CH5. Vote jangan tak vote! Harga minyak naik, harga vote pun naik! 60sen dok!
Blog Shirin, Singapore Idol 1 finalist
One in A Million (Pusingan Saringan)
Rancangan yang simple dengan 2 pengadil saja (Syafinas dan Paul Moss). Rancangan yang padat dengan peserta-peserta dan pengadil-pengadil yang tak banyak berceloteh. No time wasting, Syabas 8tv! Syarat mereka : Sesiapa sahaja yang berumur 16 tahun hingga ke 32 tahun dan termasuk artis-artis juga. Ramai juga artis-artis yang masuk rancangan ni termasuklah Dayang Nurfaizah dan Siti Saerah. Dayang mungkin boleh terus ke final, tapi untuk Saerah… suara tak ubah seperti kakaknya. Hahaha, kelakar betul tengok adik Siti Nurhaliza ni nyanyi sambil tunduk tengok lantai. Jangan lupa saksikan “One In A Million” setiap hari Jumaat 9:30 malam di 8TV.
Anugerah Skrin (Final 10)
Rancangan minggu lepas sungguh membosankan kerana pengadil “EMO” terpaksa menapis komen-komennya, salah-salah cakap nanti kena tembak dengan Dato’ Yusof Haslam. Rancangan yang menghiburkan dengan peserta-peserta yang tersasul seperti “Anguk-anguk, Gelek-gelek” dan “Pantat Besar”. Apa-apa pun pilihan aku adalah Siti Fatimah Azman atau nama glamour “Efa” (Zodiac sama dengan aku) dan Shah Iskandar Bin Mahfuz. Yang lain-lain tu, cubalah jangan pakai suara “Radio”. Boring betul! “Anugerah Skrin” setiap hari isnin jam 8.30 malam di Suria.
Gambar-gambar semasa saringan Singapore Idol 2 di Cineplex pada 11 Febuari 2006.
Ada orang bersusah-susah untuk mengumpul $1,000,000, ada orang bertanding di “One In A Million” untuk mendapat $1,000,000, ………. dan ada seorang tu hanya membuat satu laman web “Million Dollar Homepage“, senang-senang sahaja mendapat $1,000,000! So yang nak jadi jutawan tu, cubalah buat laman web tu mengunakan source code ni : http://www.texmedia.de/million-dollar-script.htm
Dah kaya tu jangan lupa aku pula…. Semoga berjaya!
Takkan Melayu Hilang Di World Idol!
Congrat Muhammad Taufik Bin Batisah! Hampir 3 Juta undi untuk keseluruhan rancangan ini. Emm… 3,000,000 kali 50sen. WOW! Kaya seh Channel 5… 1 JUTA 500 RIBU dollarssss….
Adakah Taufik akan menjadi juara di World Idol? All the Best untuk Taufik dan Sylvester!
December Satu!
Siapa akan jadi Idola Singapura yang pertama? Adakah Taufik Batisah atau Sylvester Sim? Saksikan mereka bertarung di Stadium Tertutup Singapura pada jam 7.45 malam rabu ini.


