Archive for the ‘Muzik’ Category
Bob Ku-2 and Brudu - Ini Baru Rock
“Ini Baru Rock” telah dilancarkan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 18th April 2007. Dah lama aku tak dengar lagu hepi-hepi macam album ini. Tahniah Bob Kuman (KU2) dan The Brudu kerana menghasilkan album di bawah label New Southern Records (NSR) ini. Album ini memang Rock!

1. Aku Bukan Badigol…Bahalol (Feat Tajul (FTG))
2. Hai Obat (Feat Apek & Kid (Search))
3. Aku, Me And Myself
4. Apo Kono Eh Jang (Feat Kid (Search))
5. Kalaulah Aku Jutawan & Kalau Anda Gembira
6. Mamabeta
7. Gnicnek Anek (Feat Cat Farish)
8. Can Mali Can 007
9. Abang Ladon
10. Suatu Hari Dalam Sejarah (Feat Shades)
powered by ODEO
Bintang Emas : 4/5
Krisdayanti - Krisdayanti (2007)
Krisdayanti, diva Indonesia yang bertaraf antarabangsa telah melahirkan album terbarunya berjudul “Krisdayanti” pada 28hb Mac 2007. KD yang lahir pada 24hb Mac 1975 di Malang, Jawa Timur, Indonesia adalah juara Grand Champion Asia Bagus yang pertama.

1. Bidadari
2. Di Persimpangan Dilema (O.A by Nora)
3. Disisimu Selamanya
4. I’m Sorry Goodbye
5. Kaum Hawa
6. Kurnia
7. Aku, Engkau & Mama
8. Perasaan
9. Salah Tingkah
10. Setia Pada Satu Cinta
powered by ODEO
Bintang Emas : 3/5
Mawi - Satu Dalam Seribu
Asmawi bin Ani atau Mawi, juara Akademi Fantasia musim yang ketiga telah merakamkan album ketiganya berjudul “Satu Dalam Seribu” selepas “Yang Tercinta” dan “Doa, Berzanji & Qasidah Berlagu”. Untuk peminat-peminat Mawi, jangan lupa membeli cd yang asli ni (RM25.50 - premium DVD-styled packaging) yang dipasarkan pada 9hb April lalu.

1. Mungkin Langitmu Lebih Biru
2. Angan Dan Sedar
3. Tercipta Untukku
4. Demi Dia
5. Cinta Zulaikha
6. Satu Dalam Seribu
7. InsyaAllah
8. Ya Salaam
9. Hanya Untukmu (Pesona Non Grata soundtrack)
10. Ujian Buatmu (Sehebat Yang Ada, M-Mobile theme song)
powered by ODEO
Bintang Emas : 3/5
Fanatik
Kesian dengan budak fanatik ni. Sanggup artis itu menyuruh pengawai menangkap peminat nombor satu dia!
Cerita dari http://cyberita.asia1.com.sg/
PERANGKAP PEMINAT GILA
DIEKORI ke mana-mana termasuk di konsertnya sejak 2003 lagi.Surat demi surat dan pita video demi pita video dikirimkan si peminat gila ini tanpa henti. Bagaimanapun, mata penyanyi seksi, Michelle Branch, begitu awas dan beliau mampu mengesan lelaki yang mengekorinya secara senyap, baru-baru ini.
Gara-gara lelaki itu, Michelle menghentikan konsertnya di Sheboygan, Wisconsin, minggu lalu.
‘Tunggu sekejap. Ada lelaki di kalangan anda, berbaju belang dan berkaca mata. Boleh anda memeriksanya?’ pinta Michelle, selepas menyampaikan persembahan bertenaganya.
Kata-katanya mengejutkan ramai. Penonton menyangka Michelle hanya bergurau.
‘Kami bingung. Ini gurauan saja atau sebahagian daripada konsertnya?’ ujar peminatnya dari Sheboygan, Cali Haas, 20 tahun, kepada agensi berita, Associated Press.
Ternyata, Michelle tidak bergurau, malahan, diselubungi rasa takut, anaknya yang berusia 19 bulan juga terancam dek kehadiran Dominick.
Si peminat gila, Dominick Giordano, 32 tahun, dari Maryland, akhirnya diberkas polis selepas kakitangan Pusat Seni Pementasan Stefanie H. Weill, menghentikan langkahnya yang cuba melarikan diri.
Bagaimana Michelle mampu mengenal pasti wajahnya?
Menurut pengurus konsert Michelle, Joshua Scott, ‘mudah saja’.
‘Siapa suruh Dominick menyondol masuk ke konsert Michelle? Di mana-mana saja ada ruang untuk Michelle bertemu peminatnya, si gila ini akan tampil untuk bersua muka dan menyentuh Michelle!’ jelas Joshua.
Rama-Rama Ella
Nor Zila Binti Haji Aminuddin tetap Ella yang aku kenal 20 tahun dahulu. Ella masih mengekalkan suara rocknya dan masih lagi Ratu Rock nombor satu melayu.
Minggu lalu, Ella menjadi hot sejenak ketika beliau melancarkan album terbarunya yang bertajuk “Rama-Rama”. Mengandungi 6 lagu baru dan 4 lagu hit lama (dari Dewa, Yusry, Radja dan John Lennon) dirakamkan semula, album ini menggambarkan kebebasan dan kebahagiaan Ella. Lihat promosi album “Rama-Rama” disini.
Lagu-lagu dari album “Rama Rama” :
1. Rama-Rama
S Fauzan / Azam Dungun
EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd2. Dua Sejoli (O.A Dewa 19)
Ahmad Dhani
PT Satu Mitra Saja Publishing3. Harum Ikhlas
S Fauzan / Azam Dungun
EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd4. Dekat Padamu (O.A Yusry KRU)
Edry Abdul Halim
KRU Publishing5. Won’t Let You Down
Melissa Endot
Universal Music Publishing6. Jujur & Ta’kan Melupakanmu (medley) (O.A Radja)
Moldy & Jipeng / Ian Kasefa PT
EMI Indonesia7. Sekilas Cinta (dialih bahasa dari lagu Epitome dari kumpulan Butterfingers)
Loque & Hilman / Loloq
O.P: Butter Trade Music; S.P EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd8. Imagine (O.A John Lennon)
John Lennon
EMI Blackwood Music Inc9. Percaya Diriku (Soundtrack Gol dan Gincu)
A Lutchounig / Ida Lisa / Zuraini
Biglife Music Ltd10. Rama-Rama (Radio Edit)
S Fauzan / Azam Dungun
EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd
Pencipta/Penerbit : Mac Chew, Jenny Chin, Bong, Kieran Kuek dan Zuraini.
Dapatkan CD yang original dari EMI Malaysia berharga RM24.90 sahaja.
Lirik Rama-Rama:
Seumpama rama-rama, terbang bebas di udara tanpa ada halangan.
Aman damai suka-suka, riang ria tanpa ada rasa duka sengketa, rama-rama.
Ekspresi dirimu menawan hatiku, ingin aku terbang bersamamu.
Melihat kerenah melihat telatah, manusia yang sering terlaga.
Ekspidisi ini bagai tiada henti, kan menjadi antologi diri.
Terhentilah mimpi terhapuslah sepi, sanubari yang lebih berani.
Terminal yang pasti satu fitrah hati, kerana yang sejati tiada kekal lagi.
Terbanglah ke sini mencari abadi, terbanglah ke mari mencari hakiki.
Seumpama rama-rama, melewati panorama yang penuh warna warni.
Taman bunga taman damai, dengan aksi lincah berputik hidup yang harungi, rama-rama.
[odeo=http://odeo.com/audio/8519513/view]
Album-album Ella selama 20 tahun:
Battle of the Bands II (Ella & The Boys – 1986)
Ella & The Boys I (1986)
Ella & The Boys II (1987)
Pengemis Cinta (1988)
Puteri Kota (1989)
Sembilu (1989)
Identiti (1990)
Mendung Tak Bererti Hujan (1991)
30110 (1992)
Ella USA (1994)
8494 (1995)
Demi (1996)
Jalan Ke Sisimu (1997)
Standing in the Eyes (1998, an album for the Commonwealth Games)
E (1999)
Baldu Biru (2000 – duet with Awie, Lagi Gempaq compilation album)
Ilham Bicara (2001)
Simbiosis (2003)
Ella - A Journey Beyond (2005)
Ratu Rock (2006)
Rama-Rama (2007)
Bila agaknya Ella akan membuat konsert di kota Singapura ini? Kali terakhir aku melihat beliau membuat persembahan adalah tujuh tahun yang lalu di West Mall Bukit Batok.
