Archive for the ‘Siti Nurhaliza’ Category
Analisis Jodoh Siti Nurhaliza
Kita semua mesti ingin tahu siapakah yang sesuai menjadi calon suami Siti Nurhaliza. Antara syarat2 yang diberi oleh Siti, dia semestinya seorang yang beriman, boleh menghiburkan Siti dan menghormati orang tua Siti.
1. Beriman
Berapa ramaikah yang betul2 100% beriman dibumi ini? Mungkin calon Siti seorang ustaz?
2. Penghibur Lara Siti
Mungkin ramai yang boleh menghiburkan Siti. Semestinya calon Siti seorang pelawak, penyanyi atau seorang jutawan.
3. Menghormati Orang Tua Siti.
Calon Siti mesti seorang penyabar dan penyanyang.
Siti Nurhaliza kata biar jodohnya itu seorang yang "biasa-biasa" sahaja. Aku diantara yang "biasa-biasa" tu. Boleh ke aku apply?
Adakah aku sesuai menjadi calon suami Ct? Jikalau Ct menerima aku menjadi calon jodohnya, adakah Ct akan meninggalkan kariernya? Memang Siti ada berkata yang dia akan meninggalkan bidang nyanyian jikalau suaminya menyuruhnya berhenti.
Sekarang ni karier CT ada potensi boleh pergi jauh lagi dan memberinya lebih rezeki, takkan aku hendak menghancurkan karier dan cita-citanya? Lagipun aku tak mahu membuat Ct seperti dipaksa untuk meninggalkan kariernya.
Gajiku taklah seberapa kalau nak dibandingkan dengannya, boleh ke Ct gembira bersamaku? Dia tentu selesa dengan gajinya yang berlipat-kali ganda dari aku, takkanlah dia nak berhenti kerja? Mesti hidupnya tak gembira nanti. Ct mesti mahu barang-barang yang berharga… Tengoklah aku.. hanya handphone Nokia 8250 yang aku pakai. Ada lagi ke orang yang pakai model ni?
Ct mestilah nak rumah besar dan sekurangnya sebuah kereta. Manalah aku mampu nak beli tu semua. Yang mampu aku berikan hanyalah sebuah flat HDB dan motosikal Phantom tu sahaja. Apa yang boleh aku lakukan? Nak rompak bank ke?
Kalau nak suruh Ct kerja kat Singapore, apalah Ct boleh buat? Ct bukannya ada pelajaran tinggi. Kalau nak suruh Ct teruskan kariernya, macammanalah hidup aku nanti? Seorang kat sana, seorang lagi kat kota singa ni. Macammanalah agaknya teman aku si Imraneo yang girlfriend dia kat Pakistan dan si Shikin yang hubbynya di Holland boleh hidup dengan orang yang disayangi jauh dirantauan?
Mana nak cari kerja yang gaji banyak ek? Kerja gaji kecik pun sekarang susah nak cari. Nak kerja kat oversea pun aku tak tahu nak kerja apa. Kat Dubai sekarang ni tengah hot, gaji pun power jugak, tapi boleh ke aku kerja kat negeri panas terik tu? Kalau aku masih muda-mudi tu, bolehlah aku venture kat sana, sekarang ni rasa macam tak larat lagi nak keluar dari Singapore.
Ct ni sensitip sikit. Pasal Datuk 'K' pun Siti nak merajuk sampai tak nak jumpa wartawan. Tak retilah aku nak pujuk. Kalau nak pujuk, aku tau putarkan lagu "Relaku Pujuk" dari kumpulan Spider saje. Waduh… Tak lulus syarat Siti!
Siti kata dia akan fikirkan soal jodoh 5 tahun lagi. Ct nak tumpukan kepada kariernya dulu. Boleh ke aku tunggu Ct 5 tahun lagi? Mungkin 10 tahun lagi baru Ct nak kahwin. Masa itu umur aku dah berapa ek? Itu belum lagi kalau last minute Ct tak jadi kahwin, bujang terlajaklah aku? Sedih amat seh…..
Kepada yang mimpikan nak kahwin dengan Siti tu, ku harap think logically dulu. Mampu ke kamu menghepikan Siti?
Mungkin bukan jodoh aku dengan Ct kot??? Harus ke aku lupakan Ct dan cari calon lain? Nasib-nasib… Ni semua kau punya pasallah Labu… Hmmm.. Nasib Labu-Labi ke?
AIM 05 & Siti Nurhaliza
“Syukur ke hadrat Allah kerana bakat yang dianugerahkan kepada Siti Nurhaliza. Bekerja sebagai anak seni sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Walaupun ada ketika menjadi bahan gelak ketawa, bagi saya itu adalah sebahagian daripada keperluan untuk menjadi artis pada masa yang sama berusaha untuk meraih kejayaan.
“Terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan kejayaan Siti, kerana anda saya berada di pentas ini.“Juga terima kasih kepada seluruh anak seni dan penggiat seni yang telah membantu Siti selama ini.
Foto from Yano San. More picture click here.
“Biar apa saja usaha yang dilakukan, akan diperkatakan dan menjadi bahan ketawa namun saya percaya semua keperluan itu harus ada dalam perjalanan seorang artis.�, said Siti Nurhaliza.
Congrat to Siti Nurhaliza for Best Vocal Peformance in an album and Kembara awards!
“Jika suatu hari nanti Siti tidak ada di sini, itu juga adalah ketentuan-Nya,” ujar Siti dalam ucapan ringkasnya.
Bintang Hati
Sejarah aku dan Bintang Hati.
Al-Kisahnya….
Disuatu hari… pada awal tahun 1996, sedang aku menggosok baju "Army" ku… tiba2 aku terdengar suara yang sungguh merdu bak "Buluh Perindu" datang dari arah TV. Lagu tu pernah ku dengar tapi dinyanyikan oleh orang lain. Mawarku lagu itu!
Aku pun pergi ke depan TV dan ingin tahu siapakah gerangan penyanyi itu? Lama juga aku menunggu untuk melihat nama penyanyi itu! Semasa menunggu tu aku lihat wajah penyanyi itu, taklah cantik macam Miss Universe atau Miss World. Diapun taklah pakai make-up banyak2. So nampak macam penyanyi kampung saja! Tapi aku betul2 respect kat dia sebab dia dapat mendendangkan lagu tu dengan sungguh merdu dan bermakna… sekaligus menambat hatiku. Aku betul2 jatuh cinta pada suaranya. Aku meramalkan disuatu hari nanti dia akan menjadi "Bintang Hati" seluruh Malaya…
At last, keluarlah nama penyanyi yang bernyanyi disamping kumpulan "2By2" tu. "Siti Nurhaliza" namanya. Sungguh unik dan cantik nama tu. Ada commercial value!
Esoknya aku pun pergi ke kedai "cassette" dan mencari lagu "Mawarku" dari kumpulan "2By2". Sedang mencari, aku terjumpa pula album solo pertama "Siti Nurhaliza". Aku didalam dilema! Mana satu nak beli? Aku masih di dalam NS, manalah ada duit banyak! So sebab aku suka suara "Siti Nurhaliza" dari suara "2By2", aku pun membeli cassette solonya. Masa tu tak ada CD!
Balik rumah aku pun terus dengar lagu2 "Siti Nurhaliza". First time tu tak syok sangat, aku pun putarkan lagi sekali, kali ni.. Betul powerlah lagu2nya. Lagu favourite aku "Jawapan Di Persimpangan" and "Jerat Percintaan".
Lepas dah dengar berkali2 lagu2 siti (Tentu penat gila kalau siti kena nyanyi lagu2 tu secara LIVE kat aku!) , aku tak sabar hendak membelt album keduanya.
Akhirnya keluarlah album "Siti Nurhaliza" bertitle sama lagi! Tapi lagu "Aku Cinta Padamu" betul2 mengancam sampai ramai yang tertarik kepada penyanyi yang bernama "Siti Nurhaliza".
Aku selalu membawa "Siti Nurhaliza" semasa menjalani NS di dalam hutan untuk menemani aku sepanjang "Tour of Duty" ku. Dan hidup aku didalam NS taklah boring sangat kerana selalu bersama "Siti Nurhaliza".
Tahun 2002 adalah tahun bertuah buat ku kerana dapat melihat siti secara live dan dapat bersalam dengannya semasa siti berada di "IMM" s'pore. Sempat juga aku beri kad kepadanya. Kebetulan sehari sebelum tu adalah harijadi ku… ia seperti sebuah hadiah untukku dari "Siti Nurhaliza"
Aku tak sabar nak jumpa siti lagi dimasa hadapan.