Siapa Masuk? Siapa Keluar?
June 20th, 2006 by admin | 2 Comments | Filed in Tendang BolaSelepas perlawanan kedua, Ecuador, Jerman, England, Argentina, Belanda, Portugal, Brazil dan Sepanyol sudah pun melayakkan diri ke pusingan kalah mati.
Perlawanan 20.06.2006 jam 10 mlm nanti akan menentukan perlawanan kalah mati Jerman atau Ecuador bertemu dengan England. Jika Jerman menang, England terpaksa menang atau seri perlawanan dengan Sweden keesokkan harinya untuk mengelakkan bertemu dengan gergasi bolasepak eropah. Jikalau pasukan under-dog Ecuador dapat menewaskan pasukan reserve Jerman, England terpaksa men-kelong untuk kalah dan berada di tempat kedua.
Dalam Group B dan D, Sweden dan Mexico terpaksa sekurang-kurangnya seri dengan lawan masing-masing.
Dalam Group E pula, setiap pasukan masing berpeluang ke peringkat seterusnnya.
Dalam Group F, Australia, Croatia dan Jepun akan berebut menduduki tempat kedua setelah Brazil tetap unggul ditempat pertama. Pasukan samba masih belum menunjukkan taringnya, mungkin mereka masih memerlukan Rivaldo.
Wakil Asia Korea Selatan memerlukan sekurang-kurangnya seri dalam perlawan akhirnya bersama Switzeland. Macam piala dunia yang lepas, pasukan Perancis tidak sekuat pasukan yang memenangi piala dunia pada 1998. Siapakah Thierry Henry? Dia adalah jaguh kampung Arsenal sahaja.
Group G, sebuah lagi wakil Asia Arab Saudi begitu mengecewakan selain Iran.


