Home   Wordpress   Log in

Archive for the ‘Wayangs’ Category

Jangan Pandang Belakang

June 6th, 2007 by admin | 4 Comments | Filed in Wayangs


Jangan Pandang Belakang

5hb April 2007, orang melayu dihebohkan dengan cerita seram arahan Ahmad Idham bertajuk “Jangan Pandang Belakang”. Tahniah Ahmad Idham! Aku tak reti apasal cerita ini mendapat rating yang tinggi dan memperbodohkan orang ramai pergi menontonnya.
(more…)

Chermin

May 6th, 2007 by admin | No Comments | Filed in Wayangs

Chermin The Movie

Wahai cermin yang membayangkan semangatku.
Aku serahkan diriku.
Serantai kuasa dari langit.
Sepijak tanah dari bumi.
Seterang cahaya suria.
Seredup bulan purnama.
Datanglah padaku.

Filem arahan Zarina Abdullah ini yang mula ditayangkan pada 22 Mac 2007, mengingati aku pada filem Kuntilanak. Walaupun cerita Chermin mirip Kuntilanak, tetapi aku rasa filem ini lebih baik dari versi Indonesia yang mempunyai 4 cermin antik. Tahniah Starry Eye Productions!

Mengisahkan sebuah cermin antik warisan keluarga Nasrin lakonan Natasha Hudson. Cermin yang dahulunya dimiliki oleh Mastura lakonan Deanna Yusoff dijumpai oleh ibu Nasrin (Khatijah Tan) lalu diberikan kepada Nasrin selepas Nasrin mengalami kemalangan jalan raya. Nasrin yang mengalami kecacatan pada mukanya mula bercakap dengan roh Mastura yang terperangkap didalam cermin itu dan sanggup menyerahkan tubuhnya dalam usaha untuk mengembalikan kecantikan wajahnya.

Seperti filem Kuntilanak, musuh-musuh Nasrin dibunuh oleh Mastura. Apa akan terjadi kepada Nasrin? Sila-silalah melawat wayang berdekatan rumah anda.

Bintang Emas : 4/5

Dhoom 2

December 1st, 2006 by admin | No Comments | Filed in Wayangs

details_dhoom2.jpg

Cerita : Dhoom 2
Tarikh : 30hb Nov 2006
Masa : 2100 - 2330
Tempat : Yishun GV
Ticket : SGD 9

Cerita hampir-hampir serupa dengan yang pertama dimana Jai Dixit (Abhishek) diperbodohkan oleh pencuri-pencuri bijak.

Kali ini pengarah banyak menumpukan kepada make-up (untuk mengubah wajah Mr A (Hrithik) dan benda - benda teknologi baru seperti semut robot.

Aksi “Mat Rempit” yang dipopularkan oleh mama-mama rempit dalam Dhoom 1 masih lagi dikekalkan dalam Dhoom 2.

Kalau Dhoom pertama si pencuri membunuh diri sendiri dengan terjun ke laut, kali ini ada twist sedikit dimana Sunehri (Aishwarya) menembak Mr A hingga dia jatuh ke dalam laut. Tetapi itu hanya helah untuk menipu Jai.

Untuk mengetahui kesudahan ceritanya, silalah kepawagan berdekatan.

Pelakon-pelakon Uday Chopra, Abhishek Bachchan, Aishwarya Rai, Hrithik Roshan, Bipasha Basu…..

Direktor oleh Sanjay Gadhvi.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=PeKGl3aeG5k]

Review lagi disini.